ShareThis to the world!

JAIS Beri Masa Sehingga Selasa & Alyah Serah Segalanya Kepada Ramli MS



Pada serbuan yang dilakukan pegawa JAIS ke kediaman Ramli MS di Bandar Kinrara sekitar awal pagi semalam, pasangan ini berjaya menyakinkan para pegawai yang mereka sudah bernikah di Batam, Indonesia setahun yang lalu dengan menunjukkan gambar kad pengesahan nikah.
Ramli MS & Alyah bagaimana pun gagal menyerahkan salinan asal kerana mendakwa dokumen itu tiada dalam simpanan mereka ketika serbuan itu dilakukan.
Dalam kenyataan ringkas kepada portal GUA, Alyah mengambil tindakan enggan mengulas lanjut tentang kontroversi ini dan lebih selesa untuk Ramli MS sahaja yang keluarkan kenyataan berhubung apa yang terjadi kepada media dan para peminat.
“Maaf, Alyah tak boleh nak komen apa-apa mengenai isu ini. Apa-apa tanyalah Ramli MS kerana Alyah serahkan segalanya kepada dia,” ujar Alyah kepada GUA menerusi Whatsapp.
JAIS dalam masa yang sama memberikan tempoh sehingga Selasa ini untuk pasangan ini tampil dengan dokumen asal pernikahan mereka atau bakal berhadapan tuduhan khalwat. (rtky/m)




sumber:rotikaya
0 Komentar untuk "JAIS Beri Masa Sehingga Selasa & Alyah Serah Segalanya Kepada Ramli MS"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info