ShareThis to the world!

Kekasih baru: Zalif Sidek 'rampas' tunang orang?


0
Beberapa hari yang lalu, sekeping gambar Zalif Sidek bersama seorang gadis cantik mendapat perhatian ramai dan peminat mula berspekulasi sama ada wanita itu kekasih baru pelakon comel itu selepas sekian lama beliau menyendiri.

Bercakap kepada Sinar Harian, Zalif Sidek mengakui tanpa berselindung yang beliau sedang mengenali gadis bernama Syahirah & mula berkawan rapat sejak beberapa bulan lalu.

“Saya cuba membiasakan dia dengan gaya hidup saya sendiri sebagai selebriti supaya dia lebih faham dengan karier saya. Sebab itu, jika berkesempatan dan dia ada masa terluang saya akan membawanya ke majlis-majlis seni,“ jelas Zalif Sidek tentang gadis itu.

Namun, maklumat terbaru yang kami terima mengatakan yang gadis cantik bernama Syahirah ini sebenarnya milik orang dan lebih menarik, beliau sudah pun bertunang dan kini pihak lelaki khabarnya tidak senang duduk dengan apa yang terjadi.

Rakan yang rapat dengan Syahirah ini menjelaskan yang gadis itu kini dalam keadaan tertekan selepas pengakuan Zalif Sidek kepada media tentang status mereka sedangkan mereka sekadar berkawan dan tidak lebih daripada itu.

Nampaknya ada penjelasan yang harus dilakukan oleh Zalif Sidek tentang isu ini dan rakan gadis itu turut mengirimkan beberapa keping gambar Syahirah bersama tunangnya jika ada yang tidak percaya akan kisah ini. Jangan sampai tunang orang mengamuk sudah. (rtky/m)
0 Komentar untuk "Kekasih baru: Zalif Sidek 'rampas' tunang orang?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info