ShareThis to the world!

Kronologi Kejadian Pembunuhan Dua Pelajar Britain Di Kuching

KES pembunuhan dua pelajar perubatan warga Britain yang diserang dengan senjata tajam di Jalan Abell, Kuching awal pagi kelmarin sememangnya menggemparkan masyarakat.
Menerusi Facebook Sarawak Update, telah dikongsikan maklumat berkenaan mangsa, suspek dan juga kronologi kejadian tersebut:
Butir-butir si mati :
Si mati pertama :
Nama : Neil Gareth Dalton ( 23 thn) Pekerjaan : Pelajar di Newcastle University, UK. 
W/negara : British
Si mati kedua :
Nama : Aidan Brungar (22 thn) 
Pekerjaan : Pelajar di Newcastle University, UK. 
W/negara : British
Tangkapan :
Pd tarikh 6 /8/14@ 0600hrs, JSJ IPD Kuching tlh membuat tangkapan ke atas 1(L) Cina & 2(L) Mel utk siasatan lanjut :
OKT (B1) : 29 thn
Kerja mekanik kereta. 
Urine positive mepth. 
Rekod lampau jenayah : Sek 39(B) ADB.
OKT (B2) :23 thn
Kerja penjual ikan. 
Urine positive mepth. 
Rekod lampau jenayah : Sek 395 KK.
OKT (B3) :19 thn
Tiada pekerjaan. 
Tiada rekod lampau. 
Urine positive mepth.
OKT ( B4) : 35 thn 
Tiada pekerjaan. 
Tiada rekod lampau. 
Urine belum diperiksa
Hasil soal siasat awal :
Kesemua OKT mengaku terlibat.
Punca kejadian :
- Kedua-dua simati baru pulang dr pub di Travilion dan singgah di Long house cafe untuk minum minuman keras.
- Kumpulan suspek yang pulang dari minum minuman keras di Bt 3 juga telah singgah minum di tempat yang sama.
- Kumpulan suspek nampak kedua-dua simati sedang bergaduh sesama sendiri dan telah menegur simati.
- OKT mendakwa salah seorang simati telah terbalikkan meja dan menampar muka suspek.
- Simati seterusnya melarikan diri dan dikejar oleh kumpulan suspek.
- OKT (B2) keluar dari kereta dengan bersenjatakan pisau dan mengejar dan menikam simati sehingga mati.
- Jarak di antara kedua-dua mayat adalah l/k 20 meter.
- Simati tealh datang ke Kuching pd bulan Jun 2014 bersama beberapa rakan senegaranya untuk menjalani latihan amali di Hospital Umum Sarawak sehingga 8/8/14.
- Simati tinggal di hotel Singgah Sana Lounge, Kuching bersama rakannya. Kedua-dua simati tidur sebilik.
- Pasukan Forensik IPK telah menjumpai 2 swabbing darah dia atas jalan raya.
- Pasukan K9 tidak menjumpai apa-apa bukti.
Tindakan lanjut :-
- Pisau tersebut akan diserahkan kepada Forensik IPK utk swabbing.
- Ketiga2 OKT akan diambil sample darah di hosp.
- Pasukan Forensik telah diminta mengambil sample swabbing pada tangan (B2) yang mempunyai kesan darah pada jari tangan.
- Rakaman cctv di tempat kejadian akan dirampas. – Interpol telah dimaklumkan.
- Tarikh p/mortem akan diketahui setelah berbincang dengan pihak kedutaan.
- Percakapan beberapa saksi akan diambil.
- OKT sudah direman 7 hari
Rampasan :
1. Sebuah kenderaan Produa Viva dr (B1) yg digunakan semasa kejadian. Pemilik adalah bapa kepada bekas teman wanita (B1).
2. Senjata pisau yg digunakan oleh suspek dr (B2).
3. Semua pakaian yg dipakai oleh suspek smsa kejadian.
Sementara itu, orang ramai turut menyatakan rasa simpati terhadap dua mangsa tersebut dengan meletakkan jambangan bunga di lokasi kejadian.
Kronologi Kejadian Pembunuhan Dua Pelajar Britain Di Kuching
Kronologi Kejadian Pembunuhan Dua Pelajar Britain Di Kuching
Kronologi Kejadian Pembunuhan Dua Pelajar Britain Di Kuching

Oleh: ELZA  / MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Kronologi Kejadian Pembunuhan Dua Pelajar Britain Di Kuching"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info