ShareThis to the world!

Memotong Di Garisan Berkembar.. Kalau JPJ Tak Apa?

Di saat musim perayaan seperti ini, antara pihak berkuasa yang wajar diucapkan terima kasih adalah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertungkus lumus memastikan trafik tetap lancar walaupun sesak dengan memantau dan menyaman pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan.
Pengguna jalan raya yang terlihat kesalahan dilakukan pengguna lain terutama menggunakan laluan kecemasan turut disarankan membuat aduan menerusi emel aduantrafik@jpj.gov.my dengan memberikan butiran jelas termasuk tarikh, masa, lokasi dan gambar kesalahan yang jelas dan terang.
Tak dinafikan, memang terdapat ramai pengguna jalan raya Malaysia pada hari ini yang prihatin dan sentiasa bersedia dengan telefon bimbit mereka apabila terlihat sesuatu perkara yang boleh dikongsikan menerusi laman sosial.
Namun harus diingat, semua pihak tidak terlepas daripada lensa awam ini termasukkenderaan JPJ sendiri.
10462658_845210158825391_7536555877562909802_n
Contohnya gambar di atas yang menunjukkan kenderaan JPJ memotong di garisan berkembar yang terang-terangan merupakan satu kesalahan undang-undang bagi pengguna jalan raya negara ini.
Bagaimanapun, tak pasti pula kami kalau undang-undang itu hanya terpakai untuk pengguna jalan raya biasa dan bukan penguat kuasa undang-undang itu sendiri kan? 
Oleh: REM RAMZI
0 Komentar untuk "Memotong Di Garisan Berkembar.. Kalau JPJ Tak Apa?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info