KAHERAH: Seorang ‘ulama’ Mesir mengeluarkan fatwa menghalalkan lelaki mengintai wanita di bilik mandi.
Dalam kenyataannya di stesen televisyen al-Arabiya, Usamah Al-Qawsi berkata, jika seseorang lelaki benar-benar jujur dan mahu menikahi wanita terbabit, mereka boleh menyorok dan mengintai bakal isteri itu secara diam-diam.
“Perbuatan itu boleh diterima asalkan niatnya suci,” katanya.
‘Fatwa’ Usamah itu kononnya dibuat berdasarkan kisah seorang sahabat Rasulullah.
Kata Usamah, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, jika seseorang lelaki dapat melihat sesuatu yang akan membuatnya mahu menikahi seseorang perempuan, ia boleh dibenarkan.
Bagaimanapun kenyataan itu segera dikecam ulama serta kerajaan.
Menteri Agama Mesir, Mohammad Mukhtar berkata, sangat tidak boleh diterima jika lelaki mengintai wanita di bilik mandi walaupun tujuan akhirnya adalah untuk menikahi wanita tersebut.
“Di mana kemuliaan dan kewarasan Usamah membenarkan amalan mengintai wanita di bilik mandi?” katanya.
Mukhtar berkata, Islam melarang seseorang wanita menunjukkan aurat masing-masing kecuali untuk suami dan mahram.
Lelaki juga diharamkan melihat aurat wanita.
“Islam mengajar supaya umatnya bersopan.
“Jika fatwa Usamah diterima, apakah akan berlaku kepada anak-anak anda semua?” katanya.
ShareThis to the world!
Related Post
jom lihat kehidupan perit hidup keluarga yang tinggal dalam kontena di China These are the Chinese migrant families who are forced to live in old shipping containers due to a lack of housing.For…
Petanda Kiamat Sudah Muncul? 15 Foto makhluk paling aneh akhirnya berjaya ditemukan di Thailand Mungkin ini adalah makhluk paling aneh di dunia. Ditemui di Thailand! yang kini menjadi topik hangat netizen dan menjad…
Dulunya budak lelaki 10 tahun ini sering dihina dan dicerca oleh teman-teman, namun setelah membesar dia tiba-tiba bertukar menjadi gadis cantik berhijab yang menjadi rebutan ramaiMungkin sukar dipecayai yang Nur Sajat ini dilahirkan sebagai lelaki. Menurut Sajat Mak Nyah ini hanyalah satu nama. Bag…
Gambar selfie ini yang pasti buat anda semua keliru If it seems too good to be true, it probably is. sumber:dairishare.blogspot.m …
selfie sebelum kemalangan dan selepas kemalangan..ini pasti mengejutkan anda Did it ever occur to this woman that maybe she should put her phone down instead of taking selfies in an emergency si…
0 Komentar untuk "'ULAMA' MESIR KELUAR FATWA HALAL INTAI WANITA MANDI"