ShareThis to the world!

WTF!!! Lagi Wanita Tempatan Terjerat 'Asmara Internet'

KOTA BHARU - Wanita tempatan yang kesunyian merupakan antara mangsa sering diperdaya sindiket penipuan internet melalui laman sosial Facebook melibatkan warga Afrika sehingga terpaksa menanggung kerugian.

Terbaharu, seorang wanita rugi lebih setengah juta dalam kes terbaru di Kelantan sejak Januari hingga Julai lalu.

Dengan memaparkan wajah kacak dan mempamerkan gaya hidup mewah, sindiket penipuan itu sering menggoda mangsa dengan ayat-ayat cinta disusuli panggilan telefon, sebelum menjerat mangsa untuk menghadiahkan barangan mewah setelah berjaya menjadikan mangsa sebagai ‘kekasih hati’

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, berbanding tahun lalu Kelantan hanya mencatatkan 12 kes dengan jumlah kerugian RM 203,120 dan keadaan ini dipandang serius oleh pihaknya.

“Melalui siasatan yang dilakukan, ramai di antara mangsa mudah terpedaya dan hanyut dalam ‘asmara internet’ ini sehingga meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada lelaki yang kononnya boleh membahagiakan mereka dengan layanan romantik dan menghadiahkan barangan lumayan.

“Ini merupakan satu penipuan yang mencatatkan jumlah yang tertinggi di negeri ini dan kita harap supaya lebih ramai wanita diluar sana mengambil langkah waspada dan berhati-hati apabila berkenalan dengan lelaki dalam laman sosial memandangkan keadaan terbabit akan merugikan diri” katanya kepada sidang media di sini, hari ini.


Gambar Perhiasan - Tiada Kena Mengena Dengan Berita Ini


http://www.sinarharian.com.my/semasa/wanita-sunyi-antara-mangsa-sindiket-facebook-1.307506
0 Komentar untuk "WTF!!! Lagi Wanita Tempatan Terjerat 'Asmara Internet'"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info