ShareThis to the world!

Farhan Tuduh Abby Abadi Fitnah Dan Berbohong



Dalam satu kenyataan di mStar, Farhan berkata dia menjadi mangsa fitnah Abby Abadi dan tidak tahu melawan kerana sumber kewangan yang terhad.

Dia berkata ada cuba membayar secara ansuran RM 5 ribu namun ditolak Abby Abadi yang mahu dia membayar sekaligus.

Farhan juga berkata jumlah tidaklah sampai puluhan ribu ringgit.

Ini komen Farhan kepada mStar:

"Tidaklah sampai berpuluh ribu ringgit dan saya bukannya anak orang kaya sehingga sanggup berhutang dengan jumlah yang banyak tambahan pula gaji saya tidak tetap. Dakwaannya itu sengaja untuk merosakkan reputasi dan memalukan saya," "Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya itu," "Saya masih bersabar dengan segala tindakannya kerana memikirkan dia mempunyai anak-anak dan saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan."Hendak melawan semula saya tidak tahu untuk pergi ke saluran mana tambahan pula faktor kewangan yang terhad,"

Haih macam-macam la korang berdua ni. Harap dapat la cepat selesai.

Sumber
0 Komentar untuk " Farhan Tuduh Abby Abadi Fitnah Dan Berbohong"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info