ShareThis to the world!

HARGA DAN SPESIFIKASI PROTON IRIZ MODEL TERBARU 2014

Harga dan spesifikasi Proton Iriz model terbaru 2014. Proton turut mengeluarkan model keluaran baharu kategori Compact Car dikenali sebagai Proton Iriz pada hujung tahun 2014. Orang ramai kini mampu memiliki Proton Iriz serendah RM28,000 sehingga RM 43,000 mengikut tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium. Seperti sedia maklum, Proton Iriz akan bersaing dengan model baharu Perodua iaitu Perodua Axia yang turut mengekalkan konsep ekonomi bahan api serta ditawarkan pada harga mampu milik. Untuk info, model terbaru Proton Iriz akan menggantikan proton Savvy.


Spesifikasi Proton Iriz Model Terbaru 2014

Proton Iriz akan dikuasakan dua jenis enjin terbaharu dengan teknologi VVT dalam sesaran 1.3 dan 1.6 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 110hp dan tork 148Nm, selain mampu mencecah kelajuan lebih 180 km/j. Proton Iriz juga akan dipadankan transmisi manual dan automatik, serta ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.

Gambar Proton Iriz Model Terbaru 2014







Sumber
0 Komentar untuk "HARGA DAN SPESIFIKASI PROTON IRIZ MODEL TERBARU 2014"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info