ShareThis to the world!

Kejam! Mulut Kucing Hancur Dipukul Hanya Kerana Curi Ikan


Pencinta kucing pasti mengalirkan air mata dan tidak sanggup menatap lama gambar di atas.
Jika benar kucing ini dipukul sampai hancur mulutnya hanya kerana mencuri ikan maka individu yang melakukannya benar-benar tiada hati perut.
kini menjadi viral dikongsikan di laman-laman sosial.
Gambar yang kini menjadi viral dikongsikan di laman-laman sosial dikatakan bukti kekejaman seorang peniaga sebuah pasar ikan apabila haiwan ini mencuri jualannya.
Mujurlah, ada insan berhati mulia simpati melihat keadaan kucing ini lalu membawanya pulang dan mendapatkan rawatan di klinik.
Difahamkan kerana dipukul dengan kejam kucing ini tak dapat lagi makan seperti biasa kerana mulutnya remuk manakala kesemua gigi telah patah.
Bayangkan jika tidak diselamatkan dan dibantu makan dengan picagari, tentu kucing ini telah mati kebuluran. Agak-agak manusia yang melakukan perbuatan ini tak takutkah dengan balasan Tuhan kerana menzalimi haiwan kesayangan nabi?
Oleh : REM RAMZI

0 Komentar untuk "Kejam! Mulut Kucing Hancur Dipukul Hanya Kerana Curi Ikan"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info