ShareThis to the world!

Peminat Tegur Zaquan Muat Naik Gambar Ayu Menyusu Anak


Walaupun sebelum ini gosip mengenai Zaquan Adha curang kepada Ayu Raudah, tapi gosip berkenaan tampaknya tidak langsung menjejaskan keharmonian rumah tangga mereka.

Baru-baru ini, mereka telah berkongsi beberapa gambar di laman Instagram yang memaparkan mereka sedang menjalani aktiviti seperti sebuah keluarga bahagia.

Tapi nampaknya gambar-gambar itu juga ada mencetuskan sedikit isu kerana salah satu gambar diambil ketika Ayu sedang menyusu bayi mereka.

Kerana gambar yang sedikit peribadi itu, ramai pengikut mereka yang mengeluarkan komen untuk menegur gambar tersebut.

Rata-rata mengatakan gambar tersebut tidak patut dimuat naik, namun ada juga dalam kalangan pengikut wanita yang berkata perkara itu terlalu dibesar-besarkan.

Rasanya gambar tersebut sememangnya tidak elok dimuat naik kerana ia boleh membuatkan orang yang melihat gambar ini boleh berfikir yang bukan-bukan. Tetapi, ia terpulang juga kepada yang melihat 





sumber- SiakapKeli.com
0 Komentar untuk "Peminat Tegur Zaquan Muat Naik Gambar Ayu Menyusu Anak"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info