ShareThis to the world!

SUAMI SINDIR ISTERI DENGAN SPENDA PELACUR


Fairbridge, Zimbabwe: Seorang anggota polis teruk dibelasah dan dicederakan oleh isterinya - seorang anggota tentera - selepas secara terbuka mengaku mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

Lebih membakar perasaan si isteri, anggota polis terbabit mendedahkan hubungan seks berkenaan berlangsung tanpa sebarang langkah perlindungan.

Sambil membuat pengakuan itu, lelaki terbabit dengan selamba mengibar-ngibarkan seluar dalam pelacur berkenaan di depan isterinya.

Onwell Mtetwa, 36, yang bekerja di Balai Polis Bulawayo kemudian bergegas menyelamatkan diri apabila isterinya Martha Mtetwa, 26, bertindak ganas.

Kata Mtetwa, dia terpaksa menyelamatkan diri melalui tingkap rumah mereka apabila Martha mengejar sambil membaling batu ke arahnya.

Martha kemudian menendang pintu kereta mereka selepas mendapati Mtetwa berlindung di dalamnya menyebabkan kenderaan itu kemek.

Dalam keterangan di mahkamah semalam, Martha didakwa kian bertindak di luar kawalan dan cuba menikam Mtetwa sambil menegaskan, konflik itu hanya hanya akan selesai apabila seorang daripada mereka mati.

Apabila tuduhan dibacakan di depan majistret Nyasha Kuture, Martha mengaku salah menyebabkan kecederaan ke atas suaminya.

Ketika membela diri, Martha berkata, dia bertindak ganas kerana tidak tahan melihat provokasi melampau oleh Mtetwa sejak mereka berbalah pada 14 September lalu.

“Suami saya berterus-terang dia melakukan hubungan seks tidak selamat dengan seorang pelacur dan pulang ke rumah dengan seluar dalam wanita itu di dalam poketnya. Saya begitu marah dan terus mengejarnya,” katanya.

Sementara itu Mtetwa berkata pergaduhan itu hanya salah faham antaranya dengan Martha.

“Dia membaling pasu bunga dan saya bernasib baik sempat mengelak.

“Saya menariknya ke bilik tidur namun Martha melawan dan berlari ke dapur.

“Saya tidak tahu apa akan dilakukannya lalu saya mengambil keputusan untuk melompat keluar rumah melalui tingkap dan bersembunyi di dalam kereta.

“Martha kemudian datang memecahkan pintu depan dan belakang dengan batu,” katanya.

Disebabkan takut, lelaki itu mengaku menghabiskan malam di dalam kereta. Namun konflik belum berakhir.

Keesokan harinya - apabila Mtetwa masuk ke rumah - Martha masih marah dan cuba membunuh suaminya.

“Dia cuba menikam saya di perut tetapi dapat dielak,” katanya.


Gambar Hiasan


Sumber
0 Komentar untuk "SUAMI SINDIR ISTERI DENGAN SPENDA PELACUR"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info