Seorang kanak-kanak lelaki kehilangan hampir keseluruhan tangannya apabila ditarik oleh seekor beruang hitam di sebuah zoo, kelmarin.
Menurut laporan Shanghaiist.com, mangsa, Cong Cong, 9 , dikatakan memanjat pagar yang menempatkan kurungan beruang tersebut untuk memberikan makanan kepada haiwan itu.
Kejadian yang berlaku di Zoo Pingdingshan's Hebin itu turut disaksikan oleh seorang wanita.
Menurut wanita tersebut, Cong diserang sebaik sahaja dia memanjat pagar dan berlaku pergelutan antara mangsa dan haiwan itu.
Lengannya digigit oleh beruang sebelum dia sempat menyelamatkan diri, antara yang pertama tiba ditempat kejadian ialah pihak pengawal zoo.
Manakala ibu bapa tiba ditempat kejadian beberapa ketika selepas insiden terbabit berlaku dan menemui anak mereka yang berada dalam keadaan trauma dan lengannya hampir hilang sepenuhnya.
Menurut pihak zoo, semasa kejadian berlaku, pegawai yang bertanggungjawab menjaga dan mengawasi kurungan itu sedang menjalankan pemeriksaan di kawasan lain.
Sebaik sahaja mendengarkan tangisan Cong, pegawai tersebut bergegas ke lokasi kejadian.
Sejurus selepas kejadian, beruang tersebut dipindahkan kurungan tertutup.
Kanak-kanak malang itu kemudiannya dikejarkan ke hospital dan pihak zoo menanggung yuran perubatan dan rawatan sebanyak 8,000 yuen
0 Komentar untuk "NGERI !!! BUDAK BARU 9 TAHUN TANGAN DAH DIBAHAM OLEH BERUANG ... KESIAN (4 GAMBAR )"