Anda mahu percaya atau tidak, namun yang pasti ia satu kisah yang benar-benar berlaku.
Sebuah pesawat misi rahsia milik Amerika Syarikat (AS) yang dikatakan telah terbang mengelilingi dunia sejak dua tahun lalu selamat mendarat di Kem Tentera Vandenberg di California semalam.
Pesawat itu jenis X-37B mendarat pada pukul 9.24 pagi di Kem Tentera Udara AS selepas dikatakan melakukan tugas rahsia di ruang udara.
Ekoran pendaratan pesawat itu, butiran misi rahsia yang dikatakan berlangsung selama 674 hari kini menjadi perkara yang ingin diketahui pelbagai pihak baik dari dalam AS mahupun dari luar.
Memetik laporan Mstar Online, sesetengah pakar ketenteraan menyifatkan pesawat itu membawa keperluan intipan dan telah selesai menjalankan tugasnya.
Ada juga dakwaan, pesawat itu menjalankan tugas melakukan intipan terhadap pesawat negara lain di ruang udara termasuk mengintip makmal satelit di China.
Pesawat X-37B merupakan pesawat berfungsi untuk mengintip yang kedua dibina sejak tahun 1999 untuk melakukan misi rahsia di udara.
Pesawat itu berketinggian 2.8 meter dan 8.8 meter panjang.
Ia boleh terbang menggunakan kuasa tenaga solar ketika berada di udara.
Video pendaratan pesawat dikongsikan di saluran YouTube pangkalan udara berkenaan 30th Space Wing, Vandenberg Air Force Base selama 32 saat.
sumber:http://mynewshub.cc/2014/10/18/pesawat-rahsia-mendarat-selepas-terbang-selama-dua-tahun/
– MYNEWSHUB
Oleh : IBNU K
0 Komentar untuk "Pesawat AS Mendarat Selepas Terbang Selama Dua Tahun"