ShareThis to the world!

Fazura Nafi Terlibat Dalam Video Lucah, Buat Laporan Polis



Belum pun reda isu perbalahan antara pelakon jelita, Nur Fazura dan Sara Ali, timbul pula cerita lain yang lebih panas.
Khabarnya, sebuah video lucah berdurasi seminit yang membabitkan dirinya mula tersebar di internet dan ia turut dihantar kepada wartawan Harian Metro menerusi email pada 23 Disember lalu.
Bagaimanapun, Fazura menafikan sekeras-kerasnya dia terlibat dalam video tersebut dan sudahpun membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM).
“Saya tidak pernah terbabit dengan mana-mana video lucah.
“Saya juga mendapatkan nasihat undang-undang dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan,” katanya, memetik Harian Metro.
Sebenarnya, ini bukan kali pertama nama Fazura dikaitkan dengan penyebaran video lucah.
Beberapa tahun lalu, kecoh seantero Malaysia apabila rakaman seorang gadis yang dikatakan mirip wajahnya sedang melakukan aksi seks bersama seorang lelaki.
Bagaimanapun, kes tersebut lenyap begitu sahaja selepas Fazura menafikan gadis itu adalah dirinya.
mirip fazura
Aduhai, sabarlah Fazura. Lagipun, bukan sekali dua isu ‘pelanduk dua serupa’ yang melibatkan artis kita.
Sebelum ini, pelakon Ida Nerina juga pernah dikaitkan dengan video lucah hanya kerana si pelaku mempunyai wajah miripnya.
Anggap saja ini antara dugaan besar yang perlu dihadapi apabila bergelar public figure… -MYNEWSHUB.CC


0 Komentar untuk "Fazura Nafi Terlibat Dalam Video Lucah, Buat Laporan Polis"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info