ShareThis to the world!

Polis Cari Dua Remaja Berhubung Kes Rogol Tukang Masak



LABUAN – Polis sedang menjejaki dua daripada empat remaja yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes rogol berkumpulan, melibatkan seorang tukang masak pada Selasa lepas.
Dua daripada mereka, adik-beradik berusia 17 dan 20 tahun, telah ditahan pada 12 dan 13 Feb, di Sungai Miri dan Taman Mutiara untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Labuan Supritenden Adzhar Othman berkata dalam kes itu, mangsa yang berusia 20-an, dalam perjalanan pulang ke kuarters kakitangan dari tempat kerja pada kira-kira 3 pagi, apabila empat remaja memaksanya masuk ke dalam kereta dan merogolnya bergilir-gilir. – BERNAMA
0 Komentar untuk "Polis Cari Dua Remaja Berhubung Kes Rogol Tukang Masak"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info