ShareThis to the world!

Elizabeth Tan Nafi Dakwaan Tiduri VIP Dan Lakukan Pembedahan Plastik





Penyanyi yang kini popular dengan lagu Knock Knock ini, Elizabeth Tan, baru sahaja mahu memulakan pendakian di dalam industri hiburan ini namun sudah terkena tempias apabila didakwa telah meniduri VIP.
Tidak mudah melatah, Elizabeth tenang menjawab kontroversi tersebut dan mempunyai jawapan sendiri terhadap khabar angin yang melanda dirinya ketika ini.
“Saya tak pernah buat buat perkara macam itu. Bila family saya tahu mengenai perkara ini, mereka dengar dan tergelak. Saya minta maaf kalau ada orang salah faham. Saya harap one daysaya boleh buktikan yang saya tak buat perkara sebegini,” jelasnya tenang.
Selain itu, Elizabeth juga didakwa telah melakukan pembedahan plastik namun menafikan perkara tersebut sambil memberitahu perkara tersebut bermula melalui komen peminatnya di akaun Instagram.
“Saya tidak pernah buat apa-apa pada muka saya. Perkara ini bermula di Instagram apabila ada peminat yang cakap saya buat pembedahan muka,” jelasnya kepada Melodi hari ini dengan bersahaja dan tersenyum.
Nampaknya boleh tahan juga dugaan penyanyi baru ini. Apa yang penting adalah Elizabeth tidak mudah melatah dengan dakwaan dan kontroversi yang melanda. (rtky/syfq)
0 Komentar untuk "Elizabeth Tan Nafi Dakwaan Tiduri VIP Dan Lakukan Pembedahan Plastik"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info