ADAT menjadi seorang selebriti. Pergi ke mana-mana sahaja pasti menjadi tumpuan orang ramai.
Baru-baru ini satu foto yang memaparkan kehadiran pelakon Nicole Kidman di London bagi menghadiri forum Women In The World Summit telah menarik perhatian netizen.
Sebaik sampai ke lokasi persidangan itu, Nicole, 48, sempat tersenyum mesra kepada para jurugambar yang turut sempat membidik aksi seorang pegawai polis berkawal di situ sedang merenung punggung aktres cantik itu sambil tersenyum sinis.
Sementara itu, dalam ucapan perkongsiannya menerusi forum tersebut, Nicole menyatakan penceraiannya dengan aktor Tom Cruise merupakan satu keputusan terbaik yang berlaku dalam kehidupannya memandangkan ia memberikan ruang dan peluang kepada Nicole untuk meneruskan kelangsungan dalam bidang lakonan yang menjadi kecintaannya.
Nicole berkahwin dengan Tom pada 1990 namun berpisah 11 tahun kemudian.
Sepanjang hidup bersama, pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mereka mempunyai dua anak angkat, Isabella, 23, dan Connor, 20.
Nicole kini bahagia dengan suaminya, penyanyi genre country, Keith Urban yang dinikahinya pada 25 Jun 2006.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak perempuan, Sunday Rose, 7, dan Faith Margaret yang kini berusia lima tahun. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "APA YANG ANDA DAPAT DENGAN GAMBAR NE??"