ShareThis to the world!

Ini Betul-Betul Panas! Zul Ariffin pulangkan semula kereta mewahnya kepada Gayatri Sue Lin Pillai?


Umum sudah mengetahui bahawa hubungan cinta antara Zul Ariffin dan juga bekas kekasih, Gayatri Sue Lin Pillai sudah pun berakhir. Melalui sumber Cik Pang di dalam akhbar Metro Ahadhari ini, khabarnya Zul sudah memulangkan semula kereta yang pernah diberikan oleh Gayatri.

“Tapi Cik Pang sempat juga bertanya teman yang bercerita itu, barang mewah apa yang dimaksudkan. Katanya, setahu dia sewaktu masih bercinta Gaya memberikan kereta kepada Zul”

“Menurut teman lain, apa yang dia tahu sebaik saja mereka memutuskan hubungan, Zul memulangkan ­kembali kereta mewah itu kepada Gaya,” jelas Cik Pang apabila ada khabar angin yang mendakwa Zul sudah memulangkan barangan mewah kepada Gayatri.

Sementara itu melalui Utusan Online, Gayatri menjelaskan bahawa mereka masih lagi berkawan baik. Bagaimanapun Gayatri menyatakan biarlah sebab mereka berpisah hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja.

Mahu dikecohkan lagi pun, perkara sudah berlalu. Teringat juga Zul pernah kata mereka sudah bersedia untuk berkahwin semua tetapi mahu buat macam mana jika bukan jodoh. Semoga hubungan Zul atau Gayatri dengan pilihan hati akan beroleh bahagia.

Sumber: Rotikaya
0 Komentar untuk "Ini Betul-Betul Panas! Zul Ariffin pulangkan semula kereta mewahnya kepada Gayatri Sue Lin Pillai?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info