Semua mengetahui bahawa lawak Nabil Ahmad sering kalanya kasar sehingga menerima kecaman hebat daripada segelintir pihak yang kurang senang sekaligus menyifatkan lawaknya melampau.
Tapi menurut Nabil, lawaknya yang dilakukan bersama pasangan pengacaranya, Jihan Muse, ketika mengendalikan program realiti fenomena Gegar Vaganza 2 (GV2), sebenarnya sudah dirancang dan diatur lebih awal.
Walapun dirinya dikecam, Nabil bagaimanapun berkata bahawa jenaka sebegitu adalah pendekatan baru bagi menyuntik kelainan dalam program berkenaan sekaligus ia sebagai tarikan penonton untuk terus kekal menonton program tersebut dalam konsert minggu-minggu seterusnya.
"Pihak produksi bagi kami kebebasan untuk kami sendiri mencorak jenaka yang bagaimana ingin kami sampaikan.
"Kebanyakan lawak yang saya dan Jehan termasuklah lawak-lawak berkaitan hal rumah Datuk Ramli MS juga sudah mendapat keizinan beliau terlebih dahulu. Itu semua kami memang dah rancang awal malah kami buat reheasal.
"Ia sebagai satu pendekatan yang lain sebab konsert saban minggu semakin mencabar tambahan apabila peserta pun semakin berkurangan selepas penyingkiran. Jadi setiap minggu kami memerah otak memikirkan bagaimana untuk menjadikan program itu tambah menarik dan penonton akan kekal mengikut pada minggu-minggu seterusnya.
"Jadi memang kami sengaja buat lawak yang orang-orang dewasa dikalangan mak ayah kita boleh 'relate', jenaka yang memang kita di rumah biasa buat dengan adik beradik dan sebagainya atau jenaka yang mungkin berbaur agak kasar sedikit untuk jadikan konsert pada minggu tersebut lebih menarik," ujar Nabil dipetik sebagai berkata.
Pun begitu, Nabil tidak menafikan kerisauannya setiap kali mempersembahkan lawak sebegitu lebih-lebih lagi beberapa kali dia menerima kritikan pedas.
Dek kerana asyik dikecam, justeru sewaktu konsert minggu ketiga dia membawakan pendekatan mengurangkan jenaka sebegitu namun maklum balas kurang memberangsangkan daripada banyak pihak mengatakan dia tidak menjadi diri sendiri dan lawak pada minggu tersebut tidak menghiburkan.
"Saya akui, dalam pada saya melawak dan gelak-gelak tu sebenarnya saya risau juga dengan sebarang kecaman yang bakal saya terima. Tapi daripada kecaman tersebut sebenarnya secara tidak langsung mempromosikan lagi program berkenaan dan buat orang ternanti-nanti konsert seterusnya.
"Saya pernah 'tone down' sikit pada minggu ketiga tapi selepas tamat saja bersiaran ramai pula yang komen kata, saya tidak jadi diri sendiri lah, tak best lah dan sebagainya. Mereka mahu saya kembali buat jenaka seperti sebelum ini," jelasnya yang turut mengakui sudah lali dengan kritikan.
Sumber: Myartis
ShareThis to the world!
Home
»
Hiburan
»
GV2 "Pihak produksi bagi kami kebebasan untuk kami sendiri mencorak jenaka yang bagaimana ingin kami sampaikan. -NABIL AHMAD
Related Post
punca sebenar Nabil dan Jihan tersingkir dari GV2 Nampaknya drama Astro makin hangat dan bertambah gempak apabila konsert kelima Gegar Vaganza 2 (GV2) semalam yang kononn…
Mari saksikan foto-foto Dato' Ramli MS sambut harijadinya bersama isteri, Alyah yang betul-betul romantikBapak Romantik Giler! Mari saksikan foto-foto Dato' Ramli MS sambut harijadinya bersama isteri, Alyah yang betul-betul r…
Ini Betul-Betul Panas! Zul Ariffin pulangkan semula kereta mewahnya kepada Gayatri Sue Lin Pillai? Umum sudah mengetahui bahawa hubungan cinta antara Zul Ariffin dan juga bekas kekasih, Gayatri Sue Lin Pillai sudah …
WANITA INI DIROGOL SEBANYAK 43,200 KALI SEORANG wanita berusia 23 tahun mendakwa pernah menjadi mangsa rogol sebanyak 43,200 kali selepas diperdaya oleh sind…
GEMPAR! Inilah mesej mengejutkan tertulis dalam Surah al-Quran yang telah dikotorkan Alvin Tan dengan najis tahinya...Memang KEBETULAN atau AMARAN? Sumber: Mewarnaimu9…
0 Komentar untuk "GV2 "Pihak produksi bagi kami kebebasan untuk kami sendiri mencorak jenaka yang bagaimana ingin kami sampaikan. -NABIL AHMAD"