ShareThis to the world!

Inilah permintaan terakhir Tunku Jalil... Coretan Cinta Yang Tidak Kesampaian Buat Kami Menangis


Maybe ramai tak kenal lagi dengan beliau, maka hari ini I olls nak perkenalkan seorang ahli kerabat diraja Johor, Y.A.M Tunku Abdul

Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail.

Orangnya tinggi lampai, badan agak kurus, tapi muka beliau sangat komersial. Biasalah, family kerabat Johor memang segak segak
belaka.


Kalau tak salah, sejak dahulu lagi, empayar kerajaan Johor yang hebat telah menjalinkan banyak hubungan diplomatik dengan kerajaan

Belanda dan British untuk tujuan perlindungan, perdangan dan sebagainya.
Dan disebabkan itu, ramai putera-putera Johor yang bernikah dengan puteri dan golongan bangsawan daripada dua kerajaan Barat ini.

Sebab itulah lani cucu cicit depa semua hemsem memsem. Tunku Jalil ialah adinda kepada Tunku Ismail Idris. Beliau ialah anakanda ke empat daripada 6 adik beradik kepada ayahandanya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dengan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia.

Laporan Harian Metro mengenai Tunku Jalil:

Kuala Lumpur: Saya dalam peringkat mengenali hati budi seorang gadis berhijab, kata Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim, 24, sekali gus menafikan dakwaan seorang selebriti yang mengaku mempunyai hubungan rapat dengannya.

Sebelum ini, anak keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah pernah dikaitkan dengan artis kelahiran program realiti televisyen seperti dicanang wanita berkenaan kepada media, awal tahun ini.

Sekiranya saya ingin memilih pasangan hidup, wanita itu perlu memiliki ciri-ciri istimewa terutama menghormati ibu bapa dan perlu memahami diri saya.

Mengenai gadis berkenaan, dia kini berada di luar negara kerana bekerja di sana, katanya enggan mengulas lanjut mengenai maklumat terperinci mengenai gadis berkenaan dalam satu kenyataannya kepada Metro Ahad.

Al-­Fatihah buat Almarhum Tengku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi

Semoga Allah mencucuri rahmat dan rahimNya ke atas roh almarhum.

Berikut ialah catatan terakhir Tengku Jalil pada 30 November lalu:


Tunku laksamana johor Tunku Abdul Jalil dan Baginda Tuanku Sultan ibrahim sultan Iskandar bemain hide n seek.power .Daulat Tuanku


Menurut info, jenazah allahyarham akan disemadikan di Makam Diraja Mahmodiah selepas waktu petang ini(6 dec 2015).



Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihii wa'fu'anhu..

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."

Semoga dilimpahi Allah akan rohnya dengan kerahmatan dan belas kasihanNya serta digolong bersama para anbiya', siddiqin, shuhada dan salihin. Al­ fatihah.. Aamiinin

"Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia"



_________________________________________________________________________________

update­ #johorbahru

Van yang dikatakan membawa jenazah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dibawa keluar dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) menuju ke Istana Besar, Johor Bahru.

> 9-11 pagi: Untuk rakyat jelata menziarah jenazah di Bilik Singgahsana Istana Besar

Johor Bahru: Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, mangkat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, kira-kira 7.11 petang, hari ini, akibat sakit kanser hati yang dihidapi baginda sejak Disember tahun lalu.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, jenazah putera keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu akan dikebumikan di Makam Diraja Mahmoodiah selepas waktu Zuhur hari ini.

“Mulai 9 pagi esok, kita memberi peluang kepada rakyat jelata untuk beri penghormatan terakhir di Bilik Singgahsana Istana Besar dan minta kerjasama rakyat untuk berpakaian bersesuaian, sopan dan orang Melayu memakai songkok hitam dengan lilitan putih. 

“Tidak dibenarkan untuk merakam gambar, ini pengebumian separa rasmi kerajaan dan tiada cuti umum diumumkan dan tempoh berkabung bagi kakitangan kerajaan adalah selama tiga hari dan istana selama tujuh hari.

“Bendera negeri perlu dikibar separuh tiang selama tiga hari dan semua aktiviti hiburan ditangguhkan, selain dikurangkan,” katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini, malam tadi. Ketika menghembuskan nafas terakhir, semua kaum kerabat berada di sisi Tunku Abdul Jalil termasuk Sultan Johor dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah serta anakanda yang lain. Jenazah terlebih dulu dimandi dan dikafan serta disolatkan di Istana Bukit Besar sebelum diusung dengan menggunakan pedati khas ke makam diraja. Orang awam lelaki yang ingin menziarahi upacara pemakaman berkenaan dikehendaki memakai baju Melayu teluk belanga berwarna putih, bersamping hitam tidak bercorak, songkok hitam yang berlilit kain putih. Bagi lelaki bukan Islam pula dikehendaki memakai sut hitam, bersongkok dan berlilit putih di lengan manakala bagi wanita Islam perlu memakai baju kurung teluk belanga berwarna putih dan berkain batik. Wanita bukan Islam pula dikehendaki memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata

Istiadat Pemakaman DiRaja.
7-9am: Jenazah akan di mandikan dan di kapankan di istana besar.
9-11am: utk org awam
11-12.30pm: vip, raja2
1.00pm: solat zohor n jenazah
1.15pm: diusung ke makam.
1.45pm: istiadat pemakaman di mahmodiah.
Pakaian baju melayu putih. Sampin hitam. Berkabung 3 hari utk org awam dan 7 hari utk kerabat diraja.

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.



0 Komentar untuk "Inilah permintaan terakhir Tunku Jalil... Coretan Cinta Yang Tidak Kesampaian Buat Kami Menangis"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info