ShareThis to the world!

SEDIH JASAD IBU TERCAMPAK KE LUAR KUBUR SETELAH DITANAM 3 HARI LALU


Yala : Seorang pegawai perisikan #terkorban manakala bapanya cedera parah apabila bom yang ditanam di dalam kubur ibu mangsa meletup ketika dua beranak itu membaca surah Yasin di kubur yang terletak di Kampung Bo Jet Look, di daerah #Muang Yala, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi tadi, kesan #letupan kuat itu menyebabkan jasad ibu mangsa terkeluar dari liang kubur yang dikebumikan tiga hari lepas.

Ketua Polis Daerah Muang Yala, Kol.Pol. Kerisda #Keawjandi berkata, bom seberat 10kg itu dipercayai ditanam oleh kumpulan pemisah, Rakib Dollah, yang menyasarkan mangsa, yang juga seorang anggota renjer di daerah berkenaan.

Beliau berkata mangsa, Sheik Chedomad meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya, Aziz Chedomad cedera parah dan kini dirawat di #Hospital Pusat Wilayah Yala di sini.

Bagaimanapun, umur dua beranak itu tidak diketahui. #Dalam pada itu, Ketua Pejabat Daerah Muang Yala, Konsakul Chanraj, menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan dan melampau hingga penduduk kampung juga rasa terkesan dan amat sedih kerana pelaku sanggup bertindak kejam. 




0 Komentar untuk "SEDIH JASAD IBU TERCAMPAK KE LUAR KUBUR SETELAH DITANAM 3 HARI LALU"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info