Mohammad Zhairii Shahuddin, 27, dan Mohd. Yati Yeop Ahmad, 42, dijumpai dalam keadaan berpelukan di dasar kolam sedalam tiga meter oleh pasukan Unit Penyelam Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah pada pukul 8.28 pagi.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam kolam berkenaan pada pagi Sabtu lalu.
Selepas 24 jam tidak pulang ke rumah, keluarga mangsa membuat laporan mengenai kehilangan mereka di Balai Polis Pusing di sini.
“Kita percaya dua mangsa itu sedang menjala ikan sebelum terjatuh dengan seorang daripada mereka cedera di kepala,” katanya
0 Komentar untuk "2 Sahabat Mati Berpelukan Di Dasar Kolam"