ShareThis to the world!

Lee Byung-hun dan Lee Min-jung kini suami isteri


Pelakon "Red 2", Lee Byung-hun dan teman wanitanya, pelakon "Big", Lee Min-jung secara rasminya kini bergelar suami isteri. 

Laman sesawang Dkpopnews melaporkan, dalam sidang media yang diadakan sebelum majlis perkahwinan mereka di Hotel Grand Hyatt minggu lalu, pasangan tersebut mengumumkan butir-butir mengenai bulan madu mereka dan beberapa perancangan lain selepas perkahwinan. 

Menurut Byung-hun, dia tidak berkesempatan meluangkan banyak masa untuk persiapan perkahwinannya sebelum ini kerana sibuk dengan komitmen promosi filem "Red 2", tapi teruja meluahkan hasratnya menjadi suami yang baik kepada isterinya. 


Sementara itu, Min-jung pula merasakan perkahwinan tidak seperti realiti dan menjelaskan, "Saya dah banyak kali melakonkan babak perkahwinan, dan sekarang saya rasa seolah-olah sedang menghadiri sidang media untuk siri TV terbaru pula." 

Tambahnya lagi, "Saya mungkin hanya akan rasakan realiti perkahwinan saya apabila bulan madu kami berakhir dan saya berpindah untuk tinggal bersama Byung-hun." 

Pasangan ini telah ke Maldives pada 12 Ogos lalu untuk berbulan madu. 

sumber:Tupai.com
0 Komentar untuk "Lee Byung-hun dan Lee Min-jung kini suami isteri"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info