3 Ogos - Pergaduhan mertua dan menantu bukan perkara aneh di dunia ini. Jika tiada toleransi antara satu sama lain, mudah sekali hubungan yang akrab menjadi buruk. Kerana itu drama-drama televisyen dan filem seperti "Monster-In-Law", "Wars of the In-Laws", dan "My Husband Got a Family" begitu popular.
Isu antara Farid Kamil dan ibu mertuanya baru-baru ini menjadi bualan hangat orang ramai. Apa pun puncanya, kita serah pada mereka untuk menyelesaikannya dan lihatlah contoh hubungan menantu-mertua terbaik selebriti di bawah, yang patut dijadikan teladan.
Kelly Clarkson & Reba McEntire
Ikon muzik country, Reba McEntire merupakan wanita yang paling gembira apabila bekas juara "American Idol", Kelly Clarkson mengumumkan pertunangannya dengan pengurus muzik Brandon Blackstock pada Disember 2012. Mengapa? Kerana Brandon merupakan anak tirinya dan Reba amat menyukai Kelly. Kata Reba, "Dia bagaikan adik perempuan saya dan amat sesuai menyertai keluarga kami."

Malah Kelly juga mempunyai perasaan yang sama. Jelasnya, "Saya rapat dengan mak saya, tapi Reba macam kakak saya sendiri. Kehadirannya satu rahmat."
Hubungan akrab Kelly dan Reba bukan hanya kerana Blackstock sahaja. Mereka sudah lama mengenali diri masing-masing selepas sama-sama terlibat dalam 39 persembahan konsert jelajah "2 World 2 Voices" pada tahun 2008.
Christine Taylor & Jerry Stiller & Anne Meara
Pelakon Christine Taylor tahu sebaik sahaja dia mengahwini Ben Stiller, dia akan menjadi sebahagian daripada keluarga komedi, memandangkan ibu bapa Ben, Jerry Stiller dan Anne Meara merupakan komedi duo popular sekitar 50-an ke 60-an.

Tapi Christine bernasib baik kerana kedua-dua pelawak tersebut menyukainya, malah mereka seringkali menyertai mana-mana majlis bersama-sama, sesuatu yang jarang dilakukan oleh menantu dan mertua.
Liam Neeson & Vanessa Redgrave
Selepas mengahwini pelakon Natasha Richardson pada tahun 1994, bintang "Taken", Liam Neeson sentiasa mengekalkan hubungan rapatnya dengan keluarga mertuanya, terutama sekali ibu mertuanya, ikon lakonan British, Vanessa Redgraves yang diminati Liam sejak dulu.

Malah apabila Natasha meninggal dunia pada tahun 2009 dalam satu kemalangan ski, Liam dan Vanessa dilihat bersama-sama di majlis pengebumiannya dan saling menyokong antara satu sama lain. Berbeza dengan menantu dan mertua biasa yang mungkin jarang berinteraksi lagi selepas kehilangan insan yang menyatukan mereka, Liam yang membesarkan dua anak lelaki mereka, Daniel dan Michael, masih menyebut nama Vanessa bila bercakap tentang keluarganya, dan seringkali melawat bintang British tersebut bila punya masa lapang.
Chris Martin & Blythe Danner
Vokalis Coldplay, Chris Martin bertemu pelakon Gwyneth Paltrow di belakang pentas ketika mengadakan konsertnya pada tahun 2003 dan saling jatuh cinta. Chris tidak berhenti setakat itu, malah cuba untuk menarik hati bakal mertuanya, bintang filem Blythe Danner.

Malah hubungan baik antara mereka menyebabkan Danner, yang selama ini hanya menyukai muzik jazz, akhirnya terpengaruh untuk menghadiri konsert-konsert persembahan Coldplay. Jelas Danner, "Saya akan menghadiri konsert mereka kalau kami berada di tempat yang sama. Dulu saya perlu pakai penutup telinga bila mendengar muzik mereka. Tapi sekarang tidak lagi!."
Malah, Danner memuji kemampuan Chris sebagai seorang bapa, dan mengatakan Chris pandai mengajar anaknya untuk bersikap santun ala British.
Antonio Banderas & Tippi Hedren
Mungkin kerana dia telah menyaksikan sendiri dua kali perpisahan antara anak perempuannya, Melanie Griffith dengan bekas suaminya Don Johnson, si ibu, Tippi Hedren bersyukur apabila munculnya Antonio Banderas, si kacak dari Sepanyol yang begitu menyayangi anaknya.

Malah, Tippi dan Antonio mempunyai hubungan mertua-menantu yang akrab. Mereka saling menghadiri tayangan perdana filem masing-masing dan menghadiri majlis anugerah bersama-sama. Tippi yang juga seorang aktivis haiwan, amat menyayangi menantunya itu, sehinggakan dia menamakan satu daripada singa belaannya dengan nama Antonio.
Shuib & Pn. Nooraini Mohamad
Ahli duo Sepahtu, Shuib meluangkan begitu banyak masanya membantu isteri, pelantun suara, Siti Sarah menjaga ibu mertuanya, Pn. Nooraini Mohamad yang jatuh sakit akibat kencing manis, masalah jantung dan darah tinggi. Malah dia menggunakan laman sosial Twitter dan Instagram untuk meminta doa agar si ibu mertua sembuh dari para peminatnya sejak mula Pn. Nooraini dimasukkan ke hospital sehingga dia menghembuskan nafas terakhir Jun lalu.

"Ramai juga yang mendoakan kesihatan ibu mertua saya sebelum ini, dan bila dia sudah kembali ke Rahmatullah ramai juga yang bersedekah al-Fatihah untuk arwah. Saya harap arwah tenang di sana dan kami mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat," luah Shuib, yang redha dengan pemergian tersebut.
sumber:Tupai.com
0 Komentar untuk "Mertua-menantu selebriti contoh"