ShareThis to the world!

Nabila AF2013 Pengsan Tidak Tahan Dengan Ejeken Suara Chipmunk


nabila af

EJEKAN suara ‘chipmunk’ oleh peminat AF2013 di laman sosial berserta kutukan yang bertalu-talu, sedikit sebanyak memberi tekanan kepada Nabila atau Nur Nabila Mohd. Razali, 21, sehingga menyebabkan dia pengsan ketika berada dalam akademi minggu lalu.

Mengakui dirinya sering menangis dek penangan peminat yang membencinya, Nabila tetap dengan pendiriannya mengatakan dia boleh menyanyi dengan baik, namun perlukan sedikit masa untuk membuktikannya.
“Kalau saya tidak boleh menyanyi, saya tidak akan berada di sini sebagai finalis AF2013. Saya akan buktikan juri tidak silap memilih saya menyertai program ini.
“Ia dikuatkan lagi apabila undian untuk saya tetap ada dan saya masih kekal setelah empat minggu berlalu walaupun keluarga tidak mengundi saya.
“Bukan bermaksud keluarga tidak menyokong, cuma mereka mahu tunjukkan jika ada orang luar mengundi saya selain keluarga, bermakna saya ada bakat untuk menyanyi,” katanya mempertahankan tindakan keluarga yang tidak mengundinya.
sumber: Mumynemo.com

Related Post

0 Komentar untuk "Nabila AF2013 Pengsan Tidak Tahan Dengan Ejeken Suara Chipmunk"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info