ShareThis to the world!

Marah Sampai Sabotaj Wikipedia K Rajagopal?

Nampaknya, harapan Malaysia untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2015 sudah jelas ranap sama sekali bersama kekalahan pasukan negara kepada Qatar 0 – 1 di Stadium Shah Alam, malam Selasa lalu.
Sebilangan peminat bola tempatan atau Ultras Malaysia yang terlalu kecewa menyalahkan jurulatih, Datuk K Ragagopal sebagai punca.
Bagi mereka K Rajagopal telah gagal membuat pemilihan pemain yang terbaik bagi beraksi mewakili negara sekaligus menyumbang kepada kekalahan tersebut. Peminat bola yang bengang turut menuntut agar dia meletak jawatan secepat mungkin.
Tidak cukup dengan itu, laman Wikipedia yang mengulas tentang K Rajagopal turut diubah selepas kekalahan negara tempoh hari. Kesemua keterangan mengenai jurulatih  itu masih betul cuma pada bahagian Career tertera:
His motto is “Menang Tak Penting” which directly translates to “Winning Is Not Important”. It is widely believed that the current first team captain of the Malaysian National football team, Mohd Safiq Rahim and the striker Mohd Safee Salee are the sons of Rajagobal. (Motto Rajagopal adalah “menang tak penting”. Ramai meyakini bahawa kapten pasukan bolasepak kebangsaan, Safiq Rahim dan penyerang Safee Salee adalah anak Rajagopal).
Bagaimanapun, kami mendapati laman Wikipedia tentang K Rajagopal kini sudah seperti sediakala.
Apa pun, bawa bersabar tuan-tuan.
Pertama, kontrak Rajagopal bakal berakhir tak lama lagi iaitu 31 Disember depan.
Kedua, walau bagaimana pun sakit hati dirasakan janganlah kita melupakan pula jasa-jasanya sebelum ini termasuk membantu pasukan Malaysia mendapatkan kembali pingat emas selepas kemarau 20 tahun di Sukan Asia Tenggara 2009 di Vientiane, Laos. 
-Mynewshub.my
0 Komentar untuk "Marah Sampai Sabotaj Wikipedia K Rajagopal?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info