ShareThis to the world!

Akaun FB gambar gadis ghairah

  • Akaun FB gambar gadis ghairah  Abdul Rani (tengah) mewakili MJMM membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.
 1 / 1 
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) semalam membuat laporan polis terhadap sebuah akaun Facebook memaparkan  puluhan gambar  gadis tempatan dalam keadaan mengghairahkan yang mula  dikesan sejak lebih sebulan lalu. 

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup berkata, kewujudan akaun lucah seperti itu harus disekat bagi mengelak ia terus berkembang serta membawa budaya yang buruk dalam masyarakat di negara ini.

Menurutnya, MJMM  juga menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang yang terlibat kerana khuatir sekiranya gadis-gadis berkenaan diperguna atau diperdagangkan oleh pihak-pihak tertentu.

“Kita tidak tahu sama ada mereka dengan rela atau dipaksa melakukan aksi berkenaan, jadi kita minta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat perkara ini,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.

Sementara itu hasil carian Sinar Harian mendapati laman sosial berkenaan aktif memuat naik gambar-gambar sejak seminggu yang lalu.

Namun selepas laporan polis ini dibuat pagi semalam,   tinjauan semula mendapati pengendali  akaun lucah berkenaan telah bertindak menutup akaun  tersebut.


sumber:sinarharian.com

Related Post

  • Luahan hati Suarez London: Penyerang Liverpool dari Uruguay, Luis Suarez mendakwa kelab Liga Perdana Inggeris itu sengaja tidak mahu meng…
  • Aidilfitri tanpa rumah Petra Jaya: Sambutan Aidilfitri tiga keluarga di Kampung Sungai Bedil Besar, di sini, hambar dan tidak lagi bermakna ap…
  • Persediaan terbaik! Guangzhou, China: Cabaran getir yang dihidang pemain Indonesia, Dionysius Hayom Rumbaka di pusingan kedua Kejohanan Dun…
  • Mangkuk Tandas Yang Super Kreatif (16 Gambar)Memang tahap Gaban'lah pemikiran kreatif pereka mangkuk tandas atau toilet nie, hehehe... Mana tak'nya, ada setengah tu …
  • Hanya susu dan air suam Kuala Terengganu: “Hanya susu dan air suam minuman yang boleh dihidangkan kepada Muhammad Zulhakim pada pagi Syawal,” k…
0 Komentar untuk "Akaun FB gambar gadis ghairah"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info