KOTA BHARU - Seorang penuntut sebuah kolej hidup dalam kebimbangan apabila aksi lucah dilakukan ketika berbual secara panggilan video dirakam dan diugut untuk disebarkan di laman sosial.
Malah, remaja berusia 19 tahun yang beralamat di Kubang Kerian itu juga diperas ugut supaya membayar RM6,000 oleh seorang individu yang dikenali melalui akaun Facebooknya itu.
Ketua Polis daerah, Asisten Kormisioner Azham Othman berkata, pada jam 8 malam, 22 Disember lalu, akaun Facebook pengadu menerima pelawaan ‘add friend’ daripada seorang individu yang menggunakan nama, Nickaah Nayss.
Mereka berbual sehinggalah pada jam 1.48 pagi, tarikh berikutnya, Nickaah Nayss kemudian menghantar mesej Facebook dan mengajak pengadu berbual melalui panggilan video, Skype.
“Di dalam perbualan tersebut, pengadu telah melakukan perbuatan lucah seorang diri sehinggakan Nickaah Nayss menyuruh pengadu menunjukkan perbuatan itu kepadanya.
“Hanya pengadu sahaja yang menunjukkan kemaluan dan wajah sementara Nickaah Nayss sebaliknya serta wajahnya pula kabur,” katanya kepada pemberita, semalam.
Tanpa diduga, perbuatan lucah yang berlangsung selama sejam antara 5 dan 6 pagi itu rupanya dirakam Nickaah Nayss dan dimuatkan ke dalam Youtube peribadinya.
“Pengadu kemudian diugut membayar RM6,000 sekiranya mahu video tersebut dipadamkan dan tidak disebar. Pengadu yang ketakutan meminta jumlah itu dikurangkan kepada RM4,000.
“Nickaah Nayss kemudian bersetuju dan meminta wang dimasukkan melalui akaun sebuah bank. Dia juga meminta pendahuluan RM2,000 tetapi jumlah itu dikurangkan kepada RM1,000, manakala bakinya dipersetujui untuk dijelaskan kemudian,” katanya.
Azham berkata, pengadu kemudian menceritakan kejadian itu kepada bapanya sebelum dia disuruh membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.
sumber:sinarharian.com
ShareThis to the world!
Related Post
Miley Cyrus Dulu Dan SekarangBelakangan ini Miley Cyrus menjadi perbincangan utama di seluruh dunia. Aktris serba bisa yang terkenal sebagai Hannah M…
Gambar Artis Hollywood Terlupa Tutup ZIP seluar John Travolta Hayden Christenna Justin Bieber Kate Moss Chris Noth Mischa Barton …
Keputusan Penuh Drama Festival Kuala Lumpur 2014 Anugerah Drama Festival KL yang diwar-warkan di TV3 sejak beberapa minggu lalu telah pun berakhir pada …
Gambar dada gebu Nabila Huda digomol bocor di internet. Dah lama dah kita tak dengar kontroversi artis terkenal ni.Bagus,mungkin dah berubah Nabila Huda ni.Kini karier …
Gambar Fesyen Janggal Siti Saleha di Anugerah Drama Festival KL 2014 Gambar Fesyen Janggal Siti Saleha di Anugerah Drama Festival KL 2014 | Busana yang digayakan oleh pelakonSiti S…
0 Komentar untuk "Bahana ghairah beraksi lucah"