ShareThis to the world!

Miley Cyrus bercinta dengan Kellan Lutz?


Pelantun lagu "Wrecking Ball", Miley Cyrus dilaporkan menjalin hubungan dengan aktor filem "Twilight", Kellan Lutz sejak awal Disember lalu. 

Menurut laporan Us Weekly, Lutz yang merupakan rakan baik kepada bekas tunang Cyrus iaitu Liam Hemsworth telah menghubungi penyanyi tersebut dan mereka telah menghabiskan masa bersama sejak daripada itu. 

"Tidak mengapa walaupun dia adalah teman kepada Liam. Yang penting mereka gembira kerana dapat menghabiskan masa bersama," ujar satu sumber terdekat. 

Miley Cyrus (kiri) dan Kellan Lutz dilihat turun dari sebuah kapal terbang peribadi
pada 17 Disember lalu selepas dikatakan baru pulang bercuti di Bahamas.

Khabar angin tentang Cyrus, 21, dan Lutz, 28, mula hangat diperkatakan selepas mereka dilihat turun dari sebuah kapal terbang peribadi secara berasingan di Miami pada 17 Disember lalu. Pasangan ini dilaporkan baru pulang daripada bercuti bersama di Bahamas. 

Sementara itu Cyrus yang bakal mengadakan persembahan di sambutan Tahun Baru di New York dilaporkan mahu Lutz bersama-samanya pada hari tersebut. 

Cyrus dan Hemsworth yang merupakan aktor siri filem "The Hunger Games" telah putus tunang pada September lalu selepas tiga tahun bersama. 
0 Komentar untuk "Miley Cyrus bercinta dengan Kellan Lutz?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info