ShareThis to the world!

GERAM WANITA HAMIL

ZURA menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Kampung Jal, Ketereh, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Entah apa motifnya, seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan cedera di belakang badan akibat dipukul dengan objek keras oleh seorang lelaki yang sudah berkahwin semasa mangsa menunggang motosikal di Kampung Jal, Ketereh di sini, Sabtu lalu.
Zura Muda, 26, yang mengalami luka dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu mendakwa, suspek merupakan lelaki yang pernah cuba menciumnya dua tahun lalu.
Menurutnya, ketika itu dia sedang mengandung anaknya yang kedua iaitu Nor Sara Alisha yang kini berusia setahun empat bulan.
Lelaki berusia 25 tahun yang dikenali mangsa kerana tinggal di kampung berhampiran itu telah ditangkap polis Ahad lalu.
KOSMO!
0 Komentar untuk "GERAM WANITA HAMIL"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info