ShareThis to the world!

Haiyaa.. Caj Perkhidmatan Sempena Tahun Baru Cina?



ADALAH  normal apabila kita dikenakan caj perkhidmatan jika makan di beberapa restoran tertentu di negara ini.

Namun, ia tidak normal jika adanya caj perkhidmatan sempena perayaan seperti yang tertera pada gambar resit yang dikongsikan di Facebook Wikipedia Rakyat.

Restoran OIC Greentown Signature Outlet yang terletak di Ipoh, Perak itu telah menyertakan bayaran yang bertulis ‘CNY SVC’ atau ‘Caj Perkhidmatan Tahun Baru Cina’ sebanyak 10 peratus.


Sejauh mana kesahihannya tidak dapat dipastikan, namun jika benar, ia sesuatu yang tidak wajar untuk dilakukan.

Byangkan kalau dicampur kesemuanya, maknanya caj perkhidmatan sudah mencecah 20 peratus. Hai, banyak untung maa…

Oleh: ELZA

Related Post

0 Komentar untuk "Haiyaa.. Caj Perkhidmatan Sempena Tahun Baru Cina?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info