ShareThis to the world!

Pelakon Fasha Sandha dan Dazrin Kamarudin ditembak di Kota Damansara?


Pelakon Fasha Sandha dan Dazrin Kamarudin ditembak - Dua pelakon terkenal, Fasha Sandha dan Dazrin Kamarudin ditembak di kawasan tempat letak kenderaan berhampiran sebuah restoran di Kota Damansara.

Kejadian itu mengejutkan orang ramai yang berada di dalam restoran tersebut sehingga ada antara mereka yang membuat laporan polis, menyangka bunyi tembakan itu benar-benar berlaku.

Selang beberapa jam kemudian, penggambaran drama terpaksa dihentikan selepas didatangi dua kereta polis yang menerima aduan kejadian tembakan berkenaan.

Bagaimanapun, aktiviti penggambaran drama diteruskan semula selepas pihak polis mendengar penjelasan pengarah drama Along Kamaludin.

Katanya, perkara tersebut hanya salah faham sahaja kerana kejadian Dazrin dan Fasha ditembak seseorang dari dalam kereta sekadar babak lakonan.

"Kami buat babak itu di kawasan parkir bawah tanah sebenarnya, tapi tak sangka pula ada pengunjung restoran berhampiran terdengar dan menyangka ia kejadian jenayah sebenar."

Sumber asal : Harian MetroBrotherssam & Ipeliks
0 Komentar untuk "Pelakon Fasha Sandha dan Dazrin Kamarudin ditembak di Kota Damansara?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info