ShareThis to the world!

Polis cari 3 beranak

Shah Alam: Tiga beranak yang menjadi saksi penting bagi satu perbicaraan kes rogol di Mahkamah Sesyen, di sini, diminta tampil memberi keterangan di mahkamah berkenaan pada 10 Februari ini.
Semua saksi terbabit adalah Nor Seri Hafiza Azhari, 18, dan ibu dan bapanya iaitu Norupawan Azhari dan Azhar Azahari yang beralamat terakhir di 4-G-8, Apartmen Randa, Jalan 31/112, Kota Kemuning, di sini. 
Kehadiran tiga beranak itu di Mahkamah Sesyen diperlukan untuk membantu kes yang dibicarakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. 

Orang ramai yang mengenali mereka diminta menghubungi Inspektor Zaleha Mastura di talian 019-3455758.




sumber:hmetro.com

Related Post

0 Komentar untuk "Polis cari 3 beranak"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info