ShareThis to the world!

Ramona Sedia Terima 'Gosip Panas'

Ketika kebanyakan bintang baru industri lakonan tanah air mula dikenali ramai menerusi watak baik, lain pula kisahnya dengan pelakon jelita Ramona Zamzam. Gadis berusia 23 tahun ini cukup menyerlah lakonannya dengan peranan antagonis.

Melonjak dengan watak hitam sebagai Shireen dalam drama Cinta Jangan Pergi yang kini ditayangkan semula di TV3 menerusi slot Azalea dan Damia (Cinta Jannah) juga di TV3 pada tahun lalu, cukup membuka ruang untuk Ramona menjadi tumpuan ramai.
Mula menceburi bidang lakonan pada usia 14 tahun, Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam juga aktif dalam bidang peragaan.

Kata Ramona, pembabitannya dalam bidang seni sebelum ini tidaklah begitu serius kerana melanjutkan pengajian di menara gading.


Bagaimanapun, kira-kira dua tahun lalu dia mula serius untuk aktif dalam bidang seni dan kini dia enggan berpaling lagi. Walaupun sering disogok dengan karakter antagonis, namun apa yang pasti tawaran berlakon untuknya tidak pernah putus - Hmetro Online
0 Komentar untuk "Ramona Sedia Terima 'Gosip Panas'"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info