ShareThis to the world!

Seekor Anjing Selamatkan Pemiliknya dari barah payudara

Diane Papazian (56 tahun) dan anjing peliharaannya, Troy

NEW YORK - Seorang pemilik anjing mengatakan dia berhutang nyawa pada seekor doberman peliharaannya selepas anjing itu mengesan sebuah ketumbuhan di payudaranya .

Diane Papazian , asal New York , AS , berkata , anjing yang bernama Troy itu terus - menerus menanduk payudaranya ketika anjing itu masih berusia empat bulan . Dia kemudian menyedari bahawa Troy menunjukkan minatnya pada sebuah benjolan di payudaranya . Perempuan itu kemudian memutuskan untuk melakukan mamogram , walaupun dia baru saja melakukan hal yang sama enam bulan sebelumnya . Hasilnya , dia didiagnos menghidap kanser payudara agresif .

Papazian ( 56 tahun ) kemudian melakukan mastektomi ( pengangkatan payudara ) dan kemoterapi . Kini dia bebas kanser , lapor Daily Mail , Isnin ( 10/2/2014 ) .

Troy , anjing terlatih yang biasa ikut pameran , kini menjadi anjingdoberman juara pertama di Negara Bahagian New York dan menduduki kedudukan kesembilan di AS . Anjing itu juga telah dicalonkan American Humane Association untuk mendapat anugerah Hero Dog of the Year .

Papazian berkata , " Saya sangat berterima kasih kepada Troy , bukan hanya kerana anjing itu merupakan anjing yang menakjubkan dan penuh kasih , tetapi binatang itu telah menyelamatkan hidup saya . Selama proses pemulihan saya , anjing itu terus memenuhi fikiran saya dan dia hanya duduk di samping saya dan menatap saya dengan mata coklat besarnya yang penuh cinta . Troy berfikir bahawa dirinya anjing peliharaan dan mengikuti kami bersiar-siar dan ingin bersama kami sepanjang hari . anjing itu baik , penuh kasih , menjaga , dan lembut . anjing itu membiarkan kami memeluknya dan dengan anggun menerima ciuman kami . kami sangat bangga kepadanya . "

Papazian juga berterima kasih kepada suaminya , Harry ( 57 ) , kerana dialah yang memujuk dirinya untuk menambah Troy dalam keluarga mereka , bahkan ketika dia menyatakan bahawa mereka sudah punya satu ekor anjing dan itu sudah cukup .

Anjing itulah yang membuat Papazian mencari ketulan di payudaranya setelah anjing itu terus - menerus menanduk ke sisi kiri payudaranya dan menyebabkan reaksi alergi gatal .

Deria bau anjing diduga 100,000 kali lebih kuat daripada penciuman manusia dan pelbagai kajian menunjukkan mereka boleh mengesan tanda - tanda kanser . Sebuah kajian insitu Foundation tahun 2003 mendapati bahawa anjing boleh menghidu kanser paru - paru dan payudara dengan mencium nafas pesakit . Kemudian , tahun 2004 , sebuah kajian oleh Buckinghamshire Hospitals Trust and the charity Cancer and Bio - detection Dogs mencari haiwan kesayangan juga boleh mengesan kanser pundi kencing dalam sampel air kencing .

Sel - sel kanser diketahui menghasilkan bahan kimia yang dipanggil sebatian organik yang mudah menguap yang mengeluarkan bau yang berbeza . Bau itu diyakini mencetuskan rekasi anjing .

Pesakit kanser paru - paru dan payudara diketahui menghembuskan nafas penanda biokimia yang dapat ditelusuri sebagai tumor yang mengeluarkan bahan yang tidak ditemui dalam rangkaian tubuh yang sihat . Kerana itu , anjing boleh dilatih untuk menunjukkan hidung mereka pada sejumlah pot sampel yang mereka yakini merupakan kanser .

Namun , tidak hanya anjing terlatih yang telah mengesan kanser . Ada banyak contoh orang yang didiagnosis dengan penyakit tersebut setelah " diberitahu " oleh anjing kesayangan mereka .

Sumber kompas.com

Related Post

  • PRK Kajang pada 23 Mac PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebentar tadi menetapkan tarikh penamaan calon bagi N25 Kajang pada 11 Mac man…
  • Polis cari 3 beranak Shah Alam: Tiga beranak yang menjadi saksi penting bagi satu perbicaraan kes rogol di Mahkamah Sesyen, di sini, diminta…
  • Mayat hidup semula Kuala Lumpur: “Ketika saya tersedar, di kiri dan kanan saya ada seorang doktor dan beberapa jururawat untuk melakukan b…
  • Pelakon ugut bunuh Kangar: “Saya fobia dan takut dicederakan selepas pelakon terbabit sanggup mengugut untuk membunuh saya di da…
  • Ibu, teman lelaki didakwa Dungun: Teman lelaki kepada ibu kanak-kanak perempuan dua tahun yang ditemui mati dibunuh di sebuah rumah kosong di Pak…
0 Komentar untuk "Seekor Anjing Selamatkan Pemiliknya dari barah payudara"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info