Ketua Polis Negara melalui akaun twitter mengucapkan syabas kepada team STING kerana berjaya menyerbu makmal memproses Syabu di Ampang Putra sekaligus menumpaskan sindiket pengedar Syabu dari Iran.
Polis baru-baru ini menubuhkan sebuah pasukan elite yang dipanggil ‘Special TacticalIntelligence Narcotics Group (STING)’ secara rasminya dilancarkan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, pagi tadi.
Seramai 61 pegawai dan 138 anggota yang diketuai oleh dua orang Timbalan Komander berpangkat Senior Assistant Commisionner (SAC) di mana mereka telah melalui sesi pemilihan yang ketat bagi menjaga kualiti tugas yang dilihat akan memberi impak jauh lebih positif daripada sebelum ini.
‘STING’ di bawah kendalian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) ini ditubuhkan untuk menangani kes-kes jenayah yang membabitkan sindiket pengedaran dadah yang sering melibatkan kumpulan kongsi gelap.
Selain itu, pasukan elite STING juga akan mengenal pasti,mengesan,menyekat dan membongkar segala aktiviti dadah termasuk makmal haram memproses dadah.

GAMBAR di atas adalah sewaktu pelancaran penubuhan pasukan STING oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pulapol baru-baru ini
sumber:siakapkeli.com
0 Komentar untuk "SEGERA: STING Bukit Aman Lumpuhkan Sindiket Edar Syabu Dari Iran"