ShareThis to the world!

Peguam Negara Crimea Paling Cantik Di Dunia








Ketika ini dunia antarabangsa melihat perkembangan Crimea setiap masa, tetapi ada lebih menarik menjadi perhatian dunia. Pekara itu adalah, seorang perempuan muda dan cantik Natalia Poklonskaya yang di lantik sebagai Peguam Negara Crimea yang baru.

Wanita cantik berambut perang ini telah dilantik minggu lalu, namun baru diperkenalkan secara rasmi dalam sebuah sidang akhbar pada Rabu (19/3/2014). Wajah ayu Natalia tersebar ke seluruh dunia setelah berakhir di sidang akhbar tersebut. Bahkan beberapa media antarabangsa meminta wawancara eksklusif dengannya.

Terpilihnya perempuan ini menjadi pendakwa agung Crimea juga menjadi salah satu topik popular di dunia maya. "Sekurang-kurangnya kini kita tahu kenapa Putin begitu menginginkan Crimea," kata seorang pengguna internet.

Kecantikan Wanita berusia 33 tahun itu, menyebabkan banyak seniman yang membuat gambar kartun manga peguam negara baru tersebut. Seorang artis amatur bahkan melukis gambar kartun Natalia semasa perjumpaan sidang akhbar tersebbut, lengkap dengan seragam rasmi pendakwaraya yang dikenakannya. 

"Jika digunakan dengan betul, kecantikan memang senjata yang mematikan," tulis pelukis itu di atas lukisan hasil karyanya. 

Menurut laman web Wikipedia, Natalia Poklonkskaya merupakan alumni Universiti Dalam Negeri di Yalta, Crimea. Selepas menamatkan pengajian, Natalia bekerja sebagai pendakwaya kes-kes alam sekitar. 

Natalia dipilih  PM Crimea Sergei Aksyonov selepas empat orang lelaki menolak jawatan itu. Natalia sejak awal dikenali loyal kepada Crimea dan kerajaan lama Ukraine. Dia bahkan menilai pergantian pemerintahan di Kiev adalah sebuah rampasan kuasa anti-perlembagaan.










sumber:dairishare.blogspot.com

Related Post

  • Gambar perampas suami orangTak ada pape ke kalau dah bergambar sampai mcmtu..dah bergeli dengan suami orang menipu isteri org tu plak kata tak ada …
  • Remaja mabuk sampai ke Paris London: Selepas berfoya-foya sehingga mabuk semalaman, seorang remaja Manchester tidak menyedari dia membeli tiket pe…
  • Keluar jel tubuh geng Seremban: Dua suspek yang baru dibebaskan dari penjara Ogos lalu kerana terbabit dalam kes pecah rumah didapati tidak…
  • Pencuri Berjaya DItangkap !!!!Kota Belud: Khamis, telah digemparkan dengan kes kecurian pada jam 3 petang hari ini. Suspek telah memasuki kawasan…
  • Tuhan Harun akhirnya tewasLedang: Ketua ajaran sesat Tuhan Harun yang nama sebenarnya Harun Mat Saat dicekup polis di sebuah rumah Taman Bandar Ba…
0 Komentar untuk "Peguam Negara Crimea Paling Cantik Di Dunia"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info