ShareThis to the world!

Inilah Balasannya Meramas Punggung gadis!



Dannok (Selatan Thailand): Gara-gara mabuk, seorang lelaki warga Malaysia
parah ditembak akibat melakukan gangguan seksual ke atas seorang 
pelanggan wanita di sebuah pusat hiburan di Lorong 6, pekan ini, malam
kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam (waktu tempatan), mangsa
berusia lingkungan 30-an dikatakan ke pusat berkenaan bersama
beberapa rakannya untuk berhibur di situ.Menurut sumber, selepas
beberapa jam mengunjungi pusat berkenaan sambil berkaraoke, mangsa
dan rakannya dipercayai meneguk minuman keras sehingga mabuk dan
mengganggu pengunjung lain.

“Mangsa dikatakan mencabul seorang pelanggan wanita yang juga warga tempatan di bahagian punggung menyebabkan teman lelakinya berang dan
memarahi mangsa kerana bertindak demikian.

“Teman lelaki wanita itu yang tidak berpuas hati kemudian mengacukan
 pistol ke arah mangsa lalu menembaknya dipercayai di bahagian perut 
 sehingga mangsa rebah. *Gambar hiasan-bh.net
0 Komentar untuk "Inilah Balasannya Meramas Punggung gadis!"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info