ShareThis to the world!

(5 Gambar) Bontot Hamster Jadi Kegilaan Terbaru Di Jepun




Masyarakat Jepun merupakan satu bangsa yang mempunyai kegilaan pada sesuatu yang pelik dan ganjil  seperti yang ramai orang sedia maklum.

Yang terbaru, bontot hamster menjadi sesuatu yang mendapat perhatian ramai sehinggakan gambar-gambar bahagian belakang makhluk comel ini diterbitkan dalam dua buah buku dan ianya sangat laris dijual seperti pisang goreng panas.

Kegilaan ini dinamakan hamuketsu ataupun bahasa pasar untuk bontot hamster.



Buku pertama bertajuk Hamuketsu-So Cute You Could Faint yang diterbitkan Sekai Bunka Publishing pada April lalu telah terjual lebih 30000 buah.

Sambutan hangat ini membawa kepada penerbitan buku kedua bertajuk Hamuketsu yang dilaporkan sudah pun terjual sekitar 15,000 buah.

“Bontot hamster jantan lebih menarik kerana ia besar dan bulat berbanding yang betina. Rata-rata pembaca menyatakan gambar objek bulat berbulu yang comel ini dapat membantu ‘menenangkan jiwa’ mereka apabila menatapnya,” kata jurucakap syarikat penerbitan buku terbabit iaitu Yukako Minani.

Sumber: aans1blogspot.com
0 Komentar untuk "(5 Gambar) Bontot Hamster Jadi Kegilaan Terbaru Di Jepun"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info