ShareThis to the world!

Pamela Anderson dedah kisah digangbang enam rakan teman lelaki

Bekas pelakon seksi Baywatch, Pamela Anderson, mengejutkan tetamu di Cannes Film Festival selepas mendedahkan kisah gelap silamnya sewaktu berucap di pelancaran Pamela Anderson Foundation minggu lepas.

Menerusi pengakuannya, dia mendakwa dicabul ketika berusia 6 dan 10 tahun, terlanjur kali pertama tanpa rela pada usia 12 tahun dan seterusnya diperkosa beramai-ramai setahun selepas itu.

'Sudah masanya untuk berkongsi tentang memori hitam hidup saya' menurut transkrip ucapan dalam blognya.

Pamela mendedahkan pada usia diantara 6 dan 10 tahun dia telah dicabul dan digomol penjaganya sendiri - seorang wanita.

Kemudian ketika berumur 12 tahun, dia melakukan seks tanpa rela dengan seorang lelaki yg dianggap abangnya sendiri yg juga rakan kepada teman lelakinya.

Lelaki berusia 25 tahun itu ingin mengajarnya cara bermain 'backgammon' sebelum mengambil kesempatan mengurut belakangnya dan seterusnya berakhir di ranjang.

Menurutnya, itu merupakan pengalaman seks pertamanya.

Setahun kemudian, teman lelakinya bergurau ia sesuatu yg menarik jika dia dapat mengadakan hubungan seks dengannya disertai enam rakannya yg lain sebelum ianya menjadi kenyataan.

Dia merasakan tidak mahu hidup lagi selepas kejadian itu.



0 Komentar untuk "Pamela Anderson dedah kisah digangbang enam rakan teman lelaki"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info