ShareThis to the world!

SENSASI !! Zara Zya belum fikir soal jodoh !!


Masih terlalu banyak cerita tentang wanita ini sejak populariti mendampinginya. Malah bukan sedikit juga peminat yang menjadi pengikutnya.
Setakat ini aktres ini sudah pun mengumpul hampir seramai 96,949 pengikut di laman sosial Instagram. Itu tidak termasuk jumlah pengikut di Facebook dan Twitter.
Sikap polosnya itu juga menjadikan wanita ini unik dan tersendiri. Malah sikapnya yang tidak hipokrit, merendah diri dan bersahaja menjadikan siapa dia pada hari ini. Itulah Zara Zya!
Zara juga cukup senang bercerita perihal dirinya. Dari soal kerjaya hinggalah soal jodoh pelakon yang mesra disapa Zara rancak bercerita.
"Soal jodoh belum terfikir lagi buat masa ini. Walaupun usia dah masuk 29 tahun tapi saya rasa masih muda untuk memikirkan soal itu. Lagipun saya masih selesa dengan keadaan sekarang."

"Saya rasa belum bersedia untuk ada pasangan apatah lagi ketika ini pun masa untuk diri sendiri dan keluarga adakalanya tak mencukupi,"ujarnya lagi.






0 Komentar untuk "SENSASI !! Zara Zya belum fikir soal jodoh !!"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info