ShareThis to the world!

Video Lelaki Tua Kena Tendang Di Muka Oleh Wanita Dalam Bas


Pertengkaran antara seorang wanita dan seorang lelaki tua di dalam sebuah bas di Wilayah Fujian, China, berakhir memilukan di mana perempuan itu akhirnya menendang lelaki tua itu tepat di wajahnya.

Menurut sebuah laporan pada laman web Ecns.cn, peristiwa itu berlaku pada 21 April lalu di Daerah Tongan, Bandar Xiamen, seperti yang dilaporkan oleh laman web Asia One, Jumat (9/5).

"Wanita itu mengeluarkan kata-kata kesat kepada lelaki tua itu setelah dia meminta untuk duduk di kerusinya ," ujar seorang penumpang yang menyaksikan pertengkaran itu.

Wanita itu menjadi semakin jengkel selepas pertengkaran mereka semakin sengit. Dia tiba-tiba mengangkat tubuhnya dengan menggunakan dua pegangan tangan di atasnya, sebelum memberikan sebuah tendangan ke wajah lelaki tua itu.

Penumpang lain terkejut dengan insiden itu dan mengkritik wanita itu lantaran bersikap tidak sopan, perempuan tidak disebutkan identitinya itu lantas mula mengeluarkan kata-kata kasar kepada mereka.

Insiden itu akhirnya berakhir selepas 15 minit, ketika seorang pekerja dari syarikat bas dan komuter membantu lelaki tua tadi untuk beralih kerusi dengan penumpang lain.

            

0 Komentar untuk "Video Lelaki Tua Kena Tendang Di Muka Oleh Wanita Dalam Bas"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info