Pekin Ibrahim kesal apabila gambarnya bersama beberapa individu yang kononnya memperjuangkan fahaman songsang Skinhead dan Nazi disalah erti dan dianggap sebagai cuba menonjolkan budaya itu.
Menurut Pekin Ibrahim, ia terjadi ketika dia dalam proses membuat kajian tentang budaya tersebut yang masih diamalkan di negara ini bagi menjayakan filem terbaharunya berjudul Ophelia.
"Saya cuba mengkaji tentang budaya-budaya yang pernah popular satu ketika dahulu seperti Skinhead dan Nazi dan kini masih lagi diikuti oleh segelintir masyarakat di negara ini untuk filem terbaharu saya.
"Ada orang yang telah muat naik gambar-gambar saya dengan satu kumpulan tersebut, selepas itu ramai yang cuba menghentam saya di laman sosial yang menganggap saya cuba menghidupkan semua budaya ini dengan menerapkan isu perkauman,"
Pekin berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status-statusnya di laman Facebook yang meminta agar orang ramai termasuk kumpulan-kumpulan tersebut bertenang dan menganggap filem terbaharunya itu bertujuan menukar persepsi masyarakat kearah yang lebih positif.
Jelasnya, filem Ophelia merupakan sebuah filem yang memaparkan tentang kemanusiaan dan persahabatan serta apa yang masyarakat tidak tahu tentang budaya tersebut.
Dalam pada itu Pekin berkata, untuk filem berkenaan dia telah melakukan kajian hampir dua tahun dan mendalami aktiviti kumpulan itu yang masih aktif di seluruh Malaysia.
Malah katanya, dengan usaha itu, dia kini mendapat sokongan dan kerjasama penuh daripada kumpulan berkenaan dalam membantu memberi maklumat bagi menjayakan filem yang masih dalam proses penggambaran itu.
"Pada mulanya mereka ingat kami ingin buat cerita tentang keburukan sahaja, tetapi sebenarnya kita mahu memaparkan budaya ini daripada sisi lain yang orang tidak tahu.
"Pada saya mereka semua ada satu ikatan yang sangat kukuh antara satu sama lain," katanya yang memeggang watak sebagai Uji.
Dalam pada itu, Pekin mengakui meminta seorang rakannya melukis dahulu gambaran watak Uji yang bakal dilakonkannya sebelum memulakan penggambaran.
Katanya, ia bagi memastikan karakter dan penampilan yang akan dilakonkan nanti tidak berlaku persamaan dengan watak-watak terdahulu.
"Setiap watak yang saya dapat saya akan gambarkan dan suruh kawan saya lukis di atas kertas terlebih dahulu untuk tentukan penampilan yang bagaimana.
"Dengan cara tersebut saya dapat memberi kelainan dan membezakan watak-watak yang saya lakonkan," ujarnya.
sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/06/17/pekin-komen-isu-skinhead/
ShareThis to the world!
Related Post
Gambar ‘Comolot’ Tutup Mulut Pengkritik Rumahtangga Marion - SM Nasaruddin Siapa yang tidak mengenali pasangan ‘Power Couple’ ini. Kebahagiaan Marion Caunter dan SM Nasaruddin sekel…
Kim, Kanye Hadiahkan Mini Lamborghini Utk North Apa sahaja untuk intan payung mereka seorang! Bertuah sungguh anak perempuan pasangan popular Kim Kardashi…
PDRM Mohon Maaf Silap Muatnaik Gambar PIHAK Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memohon maaf di atas kesilapan mereka memuatnaik gambar seor…
Artis ‘Serbu’ Balai Gara-Gara Ditipu Pengurus Bernama ‘Nor Ain’ PETALING JAYA – Pelakon Julia Ziegler berkata tidak akan menghalalkan wang sebanyak RM 8,333 yang diambil ole…
Karpal Dakwa Mercedes Harga Ratusan Ribu Adalah Hadiah Tahun Baharu KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Karpal Singh mengakui kerajaan Pulau Pinang membelikan kereta Mercedes-Benz S30…
0 Komentar untuk "6 Gambar] Pekin Ibrahim Kesal Di Tuduh Tonjol Budaya Skinhead "