ShareThis to the world!

Babi Ini Mabuk Dan Mengamuk Selepas Mencuri



Seekor babi Australia telah meneguk sebanyak 18 tin bir dan kemudian mengamuk. Babi liar itu telah mencuri arak tersebut bir dari kawasan perkhemahan di Port Hedland, Australia Barat. 

“Kejadian berlaku pada tengah malam. Orang yang berkhemah mendengar suara gaduh. Tak disangka, itu ternyata seekor babi yang sedang menikmati arak,” kata seorang saksi. 

Selepas berjaya mencuri dan minum 18 tin arak sekaligus, si babi kemudian mabuk berat. Dalam keadaan mabuk inilah ia mengamuk dan menyerang seekor lembu. 

Bukan setakat itu sahaja, si babi merasa begitu kelaparan. Saat itulah ia memporak perandakan tempat sampah untuk mencari makanan. 

Selepas itu, babi berkenaan hilang entah ke mana. Beberapa orang telah mengejar, tapi tidak berjaya menemuinya. Mereka bimbang si babi menyerang orang lain pula. 

0 Komentar untuk "Babi Ini Mabuk Dan Mengamuk Selepas Mencuri"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info