KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bukan saja disamun, malah turut dirogol dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 9, Cheras, di sini, 1 November lalu.
Dalam kejadian antara jam 1 dan 2 pagi itu, mangsa dilapor bersendirian sebelum rumahnya dipecah masuk seorang lelaki berusia lewat 20-an dipercayai warga asing.
Menurut sumber, ketika kejadian mangsa sedang mandi di dalam biliknya di tingkat dua rumah berkenaan dan selepasmerogol mangsa, lelaki itu melarikan pelbagai barangan berharga dianggarkan bernilai RM3,000.
Beliau berkata, lelaki itu dipercayai memecah masuk rumah mangsa melalui pintu belakang.
“Mangsa tidak menyedari kehadiran lelaki terbabit. Selepas menyelongkar ruang tamu rumah, lelaki itu terus naik ke bilik mangsa.
“Lelaki itu dipercayai mengetuk pintu bilik sebelum mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa membuka pintu kerana menyangka ahli keluarganya pulang,” katanya.
Sumber itu berkata, lelaki itu yang melihat mangsa hanya memakai tuala kemudian merogolnya.
“Selepas merogol mangsa, lelaki itu melarikan diri bersama wang dan barangan kemas dianggarkan bernilai RM3,000,” katanya.
Katanya, mangsa menghubungi ibunya sebelum dibawa membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini.
Difahamkan, sehingga kini lelaki itu belum ditahan sebaliknya pengawal keselamatan warga Pakistan berusia lewat 20-an yang bertugas di kawasan perumahan itu ketika kejadian ditahan bagi membantu siasatan. Harian Metro difahamkan, rumah mangsa dan pondok kawalan kawasan perumahan itu bersebelahan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.
ShareThis to the world!
Related Post
Keputusan Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4 Tahun 2014 Keputusan konsert mega akhir atau final Kilauan Emas 4 tahun 2014 Astro. Pada 11 Jun 2014 akan berlangsungnya malam kem…
Neelofa Sudah Putus Dengan Hans Isaac? Yes!!!! Berita gembira untuk para jejaka di luar sana. Si jelita, Neelofa telah mengesahkan bahawa dirinya kini tiada l…
INIKAH WAJAH KEKASIH ENGKU EMRAN, PENGGANTI ERRA FAZIRA? Bagi yang rajin mengikuti laman Instagram bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran, pastinya menyedari bahawa Emran k…
Gambar intim Erra Fazira dan jejaka kacak undang tanda tanyaPerkongsian sekeping gambar intim Erra Fazira dengan seorang jejaka kacak, Rizman Nordin di laman Instagram miliknya beb…
Liputan Penuh Penceraian Abby Abadi & Farhan Semalam menerusi rancangan H!Live, penerangan penuh daripada Farhan dan Abby Abadi telah pun dipertontonkan kepada oran…
0 Komentar untuk "Gadis "Bertuala" Lepas Mandi Mangsa Ratahan Penyamun"