ShareThis to the world!

Gambar mesra Izara Aishah dan Adib, anak tiri Siti Nurhaliza undang tanda tanya

Pelakon jelita yang berbibir seksi,  Izara Aishah didakwa sedang menjalinkan hubungan cinta dengan anak tiri lelaki Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid. Benarkah dakwaan terbaru ini?

Khabar angin tersebut mula tersebar apabila sekeping gambar mesra Izara Aishah dan Adib telah dikongsikan oleh portal ohbulan. Sebelum ini anak lelaki Datuk K itu pernah dikaitkan bercinta dengan Ummi Nazeera dan Nina Iskandar namun reda begitu sahaja.

Izara yang dihubungi media semalam berhubung gosip yang tersebar bagaimanapun menafikan mereka sedang bercinta dan hanya menganggap sebagai kawan lama. Apapun, memandangkan Izara kini sudah putus cinta dengan kekasih yang dikenalinya sejak dari zaman sekolah lagi maka tidak salah jika bercinta dengan Adib pula.








sumber:gosipsaja.blogspot.com

0 Komentar untuk "Gambar mesra Izara Aishah dan Adib, anak tiri Siti Nurhaliza undang tanda tanya"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info