ShareThis to the world!

Iklan Ramadan Coke-Cola Tiru Cerita 3 Idiots

Ini agak terbalik dari kebiasaan. Selalunya cerita Hindustan yang akan meniru atau menciplak idea cerita barat.
Walaupun melibatlan iklan dan bukannya filem, namun kali ini yang berlaku ialah iklan ditiru berdasarkan filem Hindustan.
Kalau anda menonton filem 3 Idiots lakonan Aamir Khan, Kareena Kapoor, R. Madhavan, Sharman Joshi, Omi Vaidya, Parikshit Sahni dan Boman Irani, garis ceritanya amat mudah untuk difahami.
Kisah 3 Idiots yang diadaptasikan secara longgar dari novel Five Point Someone oleh Chetan Bhagat menceritakan bagaimana Aamir Khan membawa idea bahawa kita perlu berusaha menjadi apa yang hati atau diri kita mahukan dan bukannya apa yang orang lain mahukan.
Pada satu babak, salah seorang rakan kolej Aamir Khan berdepan dengan bapanya dan memberitahu dia mahu menjadi jurugambar dan bukannya jurutera seperti yang diinginkan keluarganya.
Selepas beberapa drama, babak bertikam lidah, air mata, marah memarahi, bapanya bersetuju dan rakan Aamir Khan akhirnya menjadi seorang jurugambar.
Kalau anda lihat iklan Coke-Cola di bawah, hampir semuanya sama sahaja. Konsep yang dibawa ialah jadilah apa yang anda inginkan dan bukannya apa yang orang lain mahu.
Malah, kerjaya impian pemuda Arab dalam iklan itu pun sama yakni menjadi jurugambar.
Pada penulis, takkan syarikat gergasi dunia seperti Coke-Cola upah production house yang hanya mampu tampil dengan idea yang dicedok dari filem Hindustan?
Sudah tentu Coke-Cola membayar mahal untuk menghasilkan iklan tersebut. Memalukan sebenarnya. Umat Islam dihidangkan dengan iklan yang ditiru.
Atau mungkin Coke-Cola bayar murah kot…sebab tu dapat kualiti iklan jenis itu.
Sayangnya Allahyarham Yasmin Ahmad sudah tiada, kalau tidak Coke-Cola boleh mendapatkan sentuhan beliau untuk menghasilkan iklan yang pasti akan menyentuh perasaan seluruh umat manusia tanpa mengiara agama dan bangsa — DAN PASTINYA YANG ORI, BUKAN CIPLAK.

 
sumber:- Mynewshub
0 Komentar untuk "Iklan Ramadan Coke-Cola Tiru Cerita 3 Idiots"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info