ShareThis to the world!

Isu Cerai : Izreen Azminda Makin Kurus Kerana Makan Hati?

Isu Cerai : Izreen Azminda Makin Kurus Kerana Makan Hati?
Siapa sangka, disebalik keletah lucu watak Indah yang dibawanya dalam drama ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’, Izreen Azminda sebenarnya menyimpan kisah duka di hati.
Bagaikan sinonim dengan tajuk drama tersebut, kontroversi mengenai lafaz cerai oleh suaminya, Riza di set penggambaran masih menjadi perhatian ramai.
Bersedia memegang status single, susuk tubuh Izreen juga dilihat semakin kurus dan ianya dikatakan berpunca daripada tekanan perasaan yang dialaminya.
Isu Cerai : Izreen Azminda Makin Kurus Kerana Makan Hati?Izreen Azminda dan putera kesayangannya, Andrian Umar
“Jujur saya akui, perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan saya. Tetapi saya lebih suka bersikap positif dan enggan mengambil pusing ‘cakap-cakap belakang.”
Mahu meneruskan kehidupan seperti biasa, Izreen ketika ditemubual oleh Sinar Harian memberitahu bahawa dia mahu memberikan perhatian kepada anak tunggalnya, Andrian Umar.
“Tiada siapa yang mahukan kehidupan sebegini apatah lagi anak masih kecil dan tidak memahami apa yang berlaku. Selepas bercerai, saya tidak menghalang Riza untuk bertemu dengan anaknya dan tiada sebarang tuntutan hak penjagaan Adrian. Saya mahu kami sama-sama besarkan Adrian agar anak kami tidak berasa tersisih biarpun kami berpisah.”
Tidak mahu berpisah lama dengan anak kesayangannya, Izreen mengatakan bahawa dia juga terpaksa menolak tawaran drama dan akan mengambil cuti sepanjang bulan Ramadhan.
Apapun, diharapkan agar Izreen dan suamiya dapat mencari penyelesaian terbaik buat mereka bertiga.
P/S: Sangat suka dengan lakonan Izreen. Bernyawa, berjiwa.







sumber:ohbulan.com
0 Komentar untuk "Isu Cerai : Izreen Azminda Makin Kurus Kerana Makan Hati?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info