ShareThis to the world!

Merajuk Sampai Buang Semua Gambar Di Instagram?

1
Macam-macam drama berlaku sepanjang minggu lalu yang melibatkan ramai selebriti popular tempatan.
Salah satu yang menarik perhatian peminat hiburan pastinya kisah rockers Amy Search yang telah menegur dengan cara yang agak kasar kepada anaknya, Nabila Huda dan kekasih Nabila di laman Instagram pelakon tersebut, baru-baru ini.
Dan terbaharu daripada pemerhatian penulis di laman Instagram Nabila, kini hanya tinggal sekeping gambar sahaja dalam Instagram aktres tersebut.
Kalau tak silap sebelum ini dah banyak gambar yang dikongsikan Nabila menerusi Instagramnya, tup-tup lepas kontroversi ditegur bapanya, terus Nabila membuang semua gambar-gambarnya.
Menerusi captionnya, “I’ve had it. hence, I’m gonna put an end to all of this so called drama.No more story of my life for u to feed on.So u can stop with all of the speculations,bad mouthing,judging allegations,insulting and more.Thanks to those who believe in me.I’m moving on with my life.How bout you do the same..:)”. 
abil1
Mungkinkah Nabila dah ambil keputusan untuk tidak lagi berkongsi gambar-gambarnya selepas segala macam kontroversi yang menimpanya sebelum ini?
Kalau macam tu, pastinya peminat setia Nabila akan berasa sedikit kecewa kerana Nabila ini boleh kira rajin juga berkongsi aktiviti hariannya bersama-sama peminat.
Antaranya dia gemar menunjukkan video memasak selain keletah anaknya, Keisha Laila dan juga kucing comel peliharaannya, Aoki. 




sumber: MYNEWSHUB.MY
Oleh: AUDREY LEE
0 Komentar untuk "Merajuk Sampai Buang Semua Gambar Di Instagram?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info