ShareThis to the world!

Motif Perkataan K*T* Pada Baju Rakan-Rakan Joe Flizzow?

SEBENARNYA kami kurang jelas akan maklumat mengenai gambar penyanyi hip-hop terkenal, Joe Flizzow yang mula viral di beberapa akaun sosial.
Gambar tersebut sebenarnya diambil dari akaun Instagram ‘Inparliament’, namun pencarian kami untuk meninjau akaun tersebut tidak berjaya.
Mungkin ia sudah dipadamkan atau dihadkan kepada individu tertentu sahaja.
Motif Perkataan Lucah Pada Baju Joe Flizzow Dan Rakan-Rakan?
Persoalannya di sini, mengapa perlu ada perkataan K*T* pada baju yang dipakai oleh rakan-rakan Joe dan dia pula menggunakan baju tertulis ‘JANTAN’?
Selain itu, terdapat juga perkataan ‘PELACUR’ pada pakaian yang digunakan oleh seorang lagi individu dalam gambar yang dimuatnaik dalam akaun itu.
Ada pihak yang cuba bersangka baik dengan menyatakan bahawa perkataan itu mungkin mempunyai maksud lain dan mungkin ringkasan kepada nama acara hiburan tertentu.
Tapi, bagi kami yang berminda konservatif dan tidak ‘cool’ ini, rasanya macam kurang manis pula bila memakai pakaian dengan tulisan itu.
Tambah-tambah bila ada gambar gadis yang dipercayai seorang penyanyi kurang popular di sebelah Joe berposing sambil memegang bahagian sulitnya sendiri.
Ada sesiapa tak yang boleh jelaskan apakah K*T* yang mereka maksudkan ini?





Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Motif Perkataan K*T* Pada Baju Rakan-Rakan Joe Flizzow?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info